Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pakar Ajar Cara Betul Hadap Situasi Cemas Bayi Tercekik, Tersedak
Jadi ibu bapa memang tak mudah. Walau anak ramai sekalipun, setiap hari tetap ada benda baru yang perlu dipelajari, terutama bila melibatkan keselamatan anak kecil.
Setiap tahun, pasti ada kes bayi tercekik atau tersedak susu dan makanan. Kadang-kadang kejadian berlaku tiba-tiba, sampai ibu bapa tak sempat nak buat apa.
Dalam situasi macam ni, ilmu yang betul dan tindakan pantas sebenarnya boleh bantu kita selamatkan nyawa anak.
Baru-baru ini, satu perkongsian di TikTok telah mencuri perhatian ramai ibu bapa.
Dalam video tersebut, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Muallim, Kapt. (PA) Shahrizal Hussin, tampil menunjukkan cara betul nak bantu bayi yang tercekik atau tersedak.
Demonstrasi itu dibuat menggunakan patung bayi sebagai model untuk tunjuk posisi tangan yang betul.
Dalam masa sama, beliau juga menunjukkan cara memberi hentakan lembut di belakang dan dada bayi untuk keluarkan objek yang menyebabkan bayi sukar bernafas.
Tidak hanya itu, dalam satu lagi video berasingan, Kapt. Shahrizal turut berkongsi cara mengendalikan kes tercekik bagi orang dewasa.
Demonstrasi yang jelas dan mudah difahami itu mendapat pujian ramai netizen, terutama ibu bapa muda dan penjaga bayi.
Ruangan komen di TikTok itu dipenuhi dengan ucapan terima kasih dan rasa syukur atas perkongsian yang bermanfaat itu.
“Semua kita wajib belajar ni, terutama ibu-ibu.”
“Anak saya pernah tercekik tulang. Saya buat cara macam inilah. Nasib saya bukan jenis kalut. Memang keluar tulang tu.”
“Cikgu yang baik ajarlah benda ni kat semua sekolah sebab kan ada kes tercekik dekat sekolah.”
Tak ketinggalan, ada juga yang sempat berseloroh di ruangan komen.
“Budak umur 27 tahun boleh tak, Encik? Bini saya dah 3 hari senyap tak berbual, saya rasa dia tercekik somethinglah.”
Hakikatnya, situasi sebegini boleh mengancam nyawa dalam beberapa saat saja. Sebab itu, perkongsian seperti ini sangat penting untuk semua terutama ibu bapa, penjaga dan golongan guru.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu dalam situasi kecemasan.
BACA: “Disuruh buat susu anak…” – Suami ‘Mamai’ Bawa Benda Lain Masuk Bilik
Sumber: TikTok @aaronaaqifaayra