Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Pakistan ‘Berdarah’, Masjid Dibom Ketika Waktu Solat

Satu letupan kuat telah dilaporkan berlaku di sebuah masjid di barat daya Pakistan ketika solat sedang dikerjakan. Letupan itu telah mengorbankan seorang pegawai kanan polis dan sekurang-kurangnya 13 orang awam yang lain.

Menurut laporan, bom telah ditanam didalam masjid dan meletup ketika waktu solat pada petang semalam (Jumaat).

Pengemboman itu telah mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang lagi penganut di bandar Quetta, ibu kota wilayah Baluchistan. Menurut ketua polis bandar tersebut, Abdur Razzaq Cheema, beberapa mangsa berada dalam keadaan yang kritikal dan pihak hospital bimbang sekiranya jumlah kematian meningkat.

Memetik kata-kata pegawai polis yang lain, anggota polis yang terkorban kemungkinan adalah sasaran utama bagi serangan itu. Namun, perkara itu masih berada dalam penyiasatan.

Gambar: Voanews

Letupan itu juga telah menyebabkan keadaan struktur masjid roboh sehingga menyebabkan ramai mangsa yang tidak bersalah terlibat.

Perdana menteri, Imran Khan dan ketua menteri Balunchistan, Jam Kamal Khan telah mengutuk sekeras-kerasnya terhadap serangan itu. Tambah mereka, tiada siapa yang boleh dipertanggungjawabkan dengan segera terhadap pengeboman itu.

Walau bagaimanapun, kejadian itu berlaku selepas beberapa hari kenderaan angkatan tentera di bom di tepi jalan di Quetta. Dalam insiden berkenaan, dua orang askar dilaporkan terbunuh.

Sumber: The New York Times