Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Palestin Namakan Lokasi Di Barat Gaza Sebagai “Jalan Malaysia”

Amira

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Majlis Perbandaran Gaza menamakan sebatang jalan di barat bandar raya itu sebagai ‘Jalan Malaysia’ sempena Hari Kebangsaan negara ke-64, pada Selasa.

Berkongsi pengumuman itu menerusi kemas kini Twitter, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran menyatakan, papan tanda jalan berkenaan terletak di bulatan Ansar, ke barat Bandar Raya Gaza.

Beliau turut menyiarkan gambar proses memasang papan tanda jalan itu yang tertulis dalam bahasa Arab dan Inggeris.

Papan tanda itu turut menyatakan, Malaysia adalah negara Asia Tenggara yang mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957 dengan Kuala Lumpur menjadi ibu negara.

“Malaysia mempunyai peranan penting dalam menyokong perjuangan Palestin. Ia sentiasa mendesak supaya Israel menamatkan pendudukan serta penduduk Palestin mendapat kembali semua hak mereka. Ia juga menentang usaha menjadikan pendudukan Israel sebagai suatu yang normal,” menurut papan tanda itu.

Sementara itu, ketika dihubungi Bernama, Muslim berkata ini adalah kali pertama sesuatu tempat atau lokasi utama di Palestin dinamakan sempena nama Malaysia.

“Ia dianggap sebagai menghargai solidariti Malaysia dengan Palestin. Rakyat Palestin di Gaza terutamanya, yang menerima sumbangan dari Malaysia serta komitmen negara ini terhadap perjuangan Palestin sejak sekian lama,” katanya.

Muslim turut menegaskan penghargaan dan penghormatan ini sudah pasti akan memberikan impak positif terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin.

Katanya, hubungan kedua-dua negara akrab sejak sekian lama dan persahabatan semakin utuh tahun demi tahun.

“Keputusan Malaysia menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai ‘Jalan Palestin’ dan tindakan Palestin menamakan pula sebatang jalan di Gaza sebagai ‘Jalan Malaysia’, adalah satu langkah kebaikan bagi menandakan hubungan akrab ini.

“Diharapkan suatu hari ini, rakyat Malaysia dapat melawat Palestin yang bebas dan merdeka,” katanya.

Tahun lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menamakan Jalan Raja Laut 1 sebagai Jalan Palestin, sebagai simbol sokongan Malaysia terhadap perjuangan penduduk Palestin.

Sumber: BERNAMA