Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Palsu, KKM Minta Orang Ramai Jangan Terpedaya Dengan Produk Minuman Kononnya Penawar COVID-19

Gambar Via KKM

Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum pulih ini, tiada cara lain yang boleh mengawal serta menghalang jangkitan virus selain daripada penggunaan vaksin.

Ubat-ubatan lain yang tidak disahkan dan dikaji oleh penyelidik yang didakwa boleh merawat COVID-19 perlulah dielakkan.

Termasuk sebarang minuman yang didakwa boleh menjadi ‘penawar’ kepada jangkitan COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook memaklumkan bahawa ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual minuman yang kononnya penawar bagi virus COVID-19.

Dakwaan tersebut adalah tidak benar dan KKM menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan tersebut.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia