Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pandu Kereta Atas Landasan Kereta Api, Pemandu Dipenjara 15 Bulan

Eyla Azri
Gambar: Sky News

Seorang pemandu dikenakan hukuman penjara 15 bulan selepas bertindak memandu kereta di atas landasan kereta api.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi waktu tempatan, Aaron O’Halloran tertangkap kamera litar tertutup (CCTV) di stesen kereta api Birmingham sedang memandu kenderaanya di atas landasan.

O’Halloran dilihat memandu sebuah kereta Mitsubishi Shogun hampir satu kilometer sebelum bertindak meninggalkan kenderaan tersebut di atas landasan kereta api.

Kekacauan tersebut telah mengakibatkan jadual pengangkutan kenderaan awam itu terjejas. Jadual perjalanan terpaksa ditangguhkan lebih lapan jam, menyebabkan kerugian sebanyak £23 ribu (kira-kira RM131 ribu).

Memetik laporan The Guardian, O’Halloran dikenakan hukuman penjara 15 bulan dan digantung lesen memandu selama dua tahun. Pemandu tersebut turut dikeanakan denda £156 (RM890) oleh mahkamah Birmingham dan perlu dilangsaikan pada 23 Ogos ini.

Menurut The Guardian, O’Halloran walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menafikan individu yang terakam CCTV memandu di landasan kereta api itu adalah dirinya.

Pun begitu, pihak polis menemui bukti telefon bimbit milik O’Halloran di dalam kereta yang ditinggalkan pemandu tersebut.

Sumber: The Guardian