Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Memiliki hartanah sama ada untuk dijadikan tempat tinggal sendiri atau sebagai pelaburan pastinya menjadi cita-cita kebanyakan kita. Namun, usaha untuk memiliki hartanah sudah tentu tidak mudah terutamanya ketika ekonomi yang tidak stabil.
Khusus buat korang yang mendapat pendapatan berdasarkan komisen, penasihat hartanah, Harith Faisal telah berkongsi beberapa tips untuk korang gunakan bagi membeli rumah.
Jom baca.
Cara kira kelayakan orang yang dapat pendapatan ikut komisen, lain dengan orang yang bergaji tetap. Yang bergaji tetap, kalau gaji dia RM5,000 maka itulah gaji dia di mata bank.
Jadi, andai kau sekarang ada komitmen kereta RM1,000 sebulan kita akan kira kelayakan rumah kau macam ni. Katakan bank tu benarkan max 60% untuk komitmen bulanan.
RM5,000 x 60% = RM3,000 RM3,000 – RM1,000 = RM2,000 RM2,000 x 200 = RM400,000
Kau layak untuk buat pembiayaan rumah lebih kurang RM400,000 dengan bayaran bulanan RM2,000 untuk tenor selama 35 tahun dan kadar bank profit ialah 5%.
Tapi kalau orang income komisen, ada cara kira yang tersendiri. Mula-mula, tambah semua komisen 6 bulan terkini. Kemudian, bahagi dengan 6 untuk dapatkan purata.
Ogos: RM4,900 Julai: RM4,800 Jun: RM5,200 Mei: RM4,700 April: RM5,300 Mac: RM5,100
Total: RM30,000 Purata: RM5,000
Biasanya bank hanya kira 50% – 80% daripada purata tu saja sebagai income kau. RM5,000 income komisyen tak sama macam RM5,000 orang yang bergaji tetap ya.
**Bank A (Kira 80%) Komitmen: RM1,000 kereta
RM5,000 x 80% = RM4,000 RM4,000 x 60% = RM2,400 RM2,400 – RM1,000 = RM1,400 RM1,400 x 200 = RM280,000
Kau layak untuk buat pembiayaan rumah lebih kurang RM280,000 dengan bayaran bulanan RM1,400 untuk tenor selama 35 tahun dan rate bank profit ialah 5%.
**Bank B (Kira 50%) Komitmen: RM1,000 kereta
RM5,000 x 50% = RM2,500 RM2,500 x 60% = RM1,500 RM1,500 – RM1,000 = RM500 RM500 x 200 = RM100,000
Kau layak untuk buat pembiayaan rumah lebih kurang RM100,000 dengan bayaran bulanan RM500 untuk tenor selama 35 tahun dan rate bank profit ialah 5%.
Dah nampak kan apa beza cara kira orang income komisyen dan bergaji tetap. Anyway, ada juga bank yang akan kira 100% komisyen daripada purata 6 bulan tu. Try survey ya.
Lagi satu, kalau kau kerja komisyen, pastikan komisyen kau tu konsisten selama 6 bulan sebelum kau nak beli rumah tu. Kalau nampak pattern menaik setiap bulan lagi bagus.
Kalau kau nak tau, ada juga situasi bila komisyen kau tak konsisten, bank akan kira komisyen kau lebih rendah daripada 50%. Silap-silap purata RM5,000 dia kira 40% saja.
Simpanan pun kau kena jaga betul-betul. Lagi banyak lagi bagus. Sebab bank tau, kerja komisyen ni ada turun dan naik. Simpanan kecemasan wajib ada. 6 bulan ke, 12 bulan ke.
Masa mohon pembiayaan rumah, kau boleh sedia sekali bukti simpanan kau yang kat ASB, Tabung Haji, unit amanah, akaun simpanan bank, SSPN dll tu kepada bank.
Makin banyak simpanan kau, makin cerah peluang untuk bank luluskan permohonan pembiayaan rumah kau tu. Konklusinya, orang pendapatan komisen pun boleh beli rumah.
Kau tengoklah ejen hartanah, ejen takaful, ejen unit trust, sales banker, ejen penapis air, rumah mereka banyak dan besar-besar. Iya! Penyata komisyen laku di mata bank.
Oh ya! Jangan lupa declare dan bayar cukai pendapatan juga ya. Kalau kau dah 2 tahun bayar cukai pendapatan, bank pun malu nak tolak pembiayaan rumah kau.
Sumber: Harith Faisal