Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang wanita di barat daya China berdepan situasi cemas apabila seekor ular tedung telah mematuk suaminya.
Tanpa berfikir panjang, dia yang sedang panik terus menyedut bisa tersebut kerana meniru apa yang pernah dilihatnya di televisyen.
Namun, tindakan itu akhirnya 'memakan diri' apabila dia sendiri turut keracunan.
Memetik South China Morning Post (SCMP), kejadian berlaku ketika suaminya yang merupakan warga emas itu sedang bekerja di ladangnya di daerah Yuanyang, wilayah Yunnan.
Tidak lama kemudian, seekor ular tedung telah mematuk jarinya, lapor Jimu News.
Luka pada jarinya tidak lama kemudian mula membengkak dan dia turut berasa pening dan lemah.

Ketika itulah wanita terbabit kelam-kabut menggunakan kaedah menyelamat yang pernah dilihat di televisyen dengan menyedut bisa secara langsung tanpa sebarang langkah perlindungan.
Suaminya kemudian dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, wanita itu mula mengalami kebas pada mulut, lidah, muka dan anggota badan.
Keesokan harinya, dia berasa sangat letih, menyebabkan keluarganya turut menghantarnya ke hospital.
Doktor di Hospital Rakyat No. 3 Wilayah Honghe mengesahkan pasangan itu keracunan akibat bisa spesies ular tedung tempatan dan mereka diberikan suntikan serum antivenom serta rawatan perubatan lain.
Pasangan itu dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari kemudian selepas keadaan mereka stabil.
Doktor di hospital di Yunnan itu berkata, tanggapan bahawa penyelamat perlu menyedut keluar bisa ular merupakan salah faham yang biasa berlaku.
Ini kerana bekalan kapilari yang banyak pada mukosa mulut manusia boleh menyebabkan bisa memasuki aliran darah penyelamat dengan cepat sebaik sahaja berlaku sentuhan, sekali gus menyebabkan keracunan.
Selain itu, luka akibat patukan ular biasanya kelihatan seperti lubang kecil sebesar tusukan jarum.
Doktor memberi amaran bahawa bisa ular cepat meresap ke dalam tisu bawah kulit atau aliran darah, menjadikannya hampir mustahil untuk disedut keluar.
Tambahnya lagi, satu lagi salah faham besar ialah kepercayaan bahawa penyelamat perlu memotong luka bagi membiarkannya berdarah.
‘Suara’ Sebenar Ular Tedung & Bunyi-bunyi Lain Ular
(Video) Ular Sawa & Ular Tedung ‘Bertempur’, Saling ‘Berbunuhan Dalam Longkang
Cetus Panik, Ular Tedung Melingkar Masuk Depan RumahTindakan ini berbahaya kerana ia boleh menyebabkan mangsa yang sudah cedera kehilangan terlalu banyak darah atau mengalami jangkitan.
Menggunakan api untuk memanaskan luka atau meletakkan ais pada kawasan tersebut juga perlu dielakkan.
Sebaliknya, apabila seseorang dipatuk ular, mereka perlu segera menghubungi talian kecemasan perubatan dan mengurangkan pergerakan sebanyak mungkin.
Mereka juga perlu mengingati ciri-ciri ular berkenaan seperti warna, corak dan bentuk kepalanya. Jika boleh, ambil gambar reptilia tersebut supaya doktor dapat memberikan ubat yang tepat.