Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dakwa Kebal Terhadap ular, Lelaki Ini Akhirnya Meninggal Dunia Akibat Dipatuk Di Lidah Oleh Ular Tedung

Gambar: The New York Times

Seorang lelaki di Filipina yang digelar sebagai Snake Man dan mendakwa bahawa dirinya kebal terhadap bisa ular dilaporkan telah meninggal dunia akibat dipatuk oleh seekor ular tedung, lapor Kompas TV.

Lidah lelaki itu difahamkan telah dipatuk oleh salah seekor ular yang paling berbisa itu ketika dia cuba untuk mencium ular tersebut.

Lelaki tersebut dilaporkan telah menangkap ular berkenaan di Bandar Mangaldan, Daerah Pangasinan, Filipina pada Jumaat lalu.

Dia difahamkan merupakan pesona ular terkneal di kampungnya dan selalu mengakui bahawa dirinya kebal daripada bisa ular.

Menurut laporan dari The Sun, warga setempat memberikan pujian kepadanya setelah dia berjaya menangkap ular tersebut di khalayak ramai.

Namun begitu, ketika dia menayangkan ular itu kepada umum, dia telah memegang kepala ular itu terlalu dekat dengan kepalanya.

Pada ketika itu, dia cuba untum mencium ular tersebut dengan mulutnya.

Ular tersebut secara tiba-tiba telah bergerak ke arah mulutnya dan menggigit lidahnya.

Lelaki itu kemudiannya meraung kesakitan sebelum rebah ke tanah. Tak lama kemudian, dia disahkan telah meninggal dunia.

“Bisa ular boleh menyebabkan kelumpuhan seperti yang terjadi pada lelaki itu,” kata Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Anna de Guzman.

“Kelumpuhan boleh membuatkan si mangsa tidak dapat bernafas, yang mempengaruhi aliran oksigen di dalam badan, dan menghentikan degupan jantung,” tambahnya.

Paramedik bertungkus lumus untuk menyelamatkan lelaki berkenaan, namun dia tidak dapat memberi tindak balas yang positif dan tubuhnya menjadi kaku kerana kesan daripada bisa itu.

Mereka menyatakan bahawa bisa dari gigitan tersebut telah menyerang sistem pernafasan mangsa, seterusnya membawa kepada kematian.

Adik perempuan mangsa yang berada di tempat kejadian menyatakan bahawa doktor kemudiannya tiba dan memeriksanya.

“Doktor itu memberitahu bahawa nadinya telah berhenti berdenyut ketika mereka berusaha menyelamatkannya,” kata adik perempuan mangsa.

“Mereka gagal untuk menyelamatkannya kerena bisa ular tersebut terlalu kuat. Kami seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi padanya,” tambahnya.

Sumber: Kompas TV