Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Papar Nama Ahli Parlimen ‘Ponteng’ Memalukan – Ronald

Iqbal Yasir
papar nama parlimen ponteng
Gambar: Bernama

Papar Nama Ahli Parlimen ‘Ponteng’ Memalukan – Ronald

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee membidas cadangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berhubung tindakan untuk mendedahkan nama Ahli Parlimen yang tidak hadir sidang Parlimen di laman web Dewan Rakyat, lapor Sinar Harian.

Maklum bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu, beliau menyifatkan cadangan tersebut merupakan satu perbuatan yang memalukan.

Hal ini demikian kerana tindakan tersebut akan memberikan satu imej dan reputasi buruk mengenai Ahli Parlimen pada mata rakyat.

Tambahan lagi, ketidakhadiran wakil rakyat termasuk menteri dan timbalan dalam persidangan Dewan Rakyat bukanlah disengajakan sebaliknya mempunyai tugasan lain.

“Hangat sekarang ini isu ahli Parlimen ponteng Parlimen. Lebih hangat apabila Speaker sendiri mengeluarkan kenyataan di luar dari dewan (Dewan Rakyat) bahawa Speaker akan melihat untuk memuktamadkan cadangan kepada ahli Parlimen.

“Antaranya potong gaji dan meletakkan nama di laman web rasmi Parlimen, ini sungguh memalukan. Apa sebenarnya kehendak Parlimen dalam isu ini?” tanya beliau sewaktu perbahasan Belanjawan di peringkat jawatankuasa.

Sementara itu, pada Sabtu lalu, media melaporkan nama-nama Ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau ‘ponteng’ sidang Parlimen berkemungkinan bakal dipaparkan di laman web Dewan Rakyat.

BACA JUGA: Periksa Benda Penting Ni Dulu Sebelum Beli Kereta Terpakai, Takut Pernah Tenggelam Banjir

Tindakan tersebut adalah sebagai makluman kepada pengundi kawasan Parlimen mereka.

Johari juga memberitahu ia merupakan salah satu penambahbaikan yang bakal dilaksanakan supaya jumlah kehadiran Ahli Parlimen ke sidang Dewan Rakyat meningkat meskipun dikelilingi tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi serta kawasan Parlimen yang diwakili.

Mengulas lebih lanjut, Ronald berkata Speaker tidak boleh melaksanakannya secara bersendirian kerana perlu dibincangkan secara terperinci terlebih dahulu.

Lebih-lebih lagi, isu kehadiran itu telah berakar umbi sejak sekian lama lagi.

“Isu kehadiran ini berlaku sejak saya masuk Parlimen 23 tahun dahulu tetapi ia tidak diperbesarkan kerana tiada menteri yang boleh hadir persidangan setiap masa.

“Mereka ada tugasan di luar sana. Mahu lihat kesemua 222 ahli dewan? Ini tidak akan berlaku,” ujarnya.

Meskipun bersetuju setiap Ahli Parlimen perlu hadir ke persidangan namun idea menyenaraikan nama-nama wakil rakyat adalah satu tindakan yang memalukan.

Sementara itu, Johari menafikan bahawa cadangan tersebut berniat untuk memalukan Ahli Parlimen.

Katanya, cadangan tersebut masih belum dimuktamadkan lagi.

“Perkataan memalukan itu salah, saya tidak pernah berniat untuk memalukan. Kedua, ahli Parlimen ada komitmen-komitmen lain tidak semestinya mereka pasti ada di sini, baca laporan itu betul-betul.

“Namun begitu, apa sahaja cadangan akan dibawa ke jawatankuasa peraturan mesyuarat saya jelas dengan perkara berkenaan. Saya tidak ada kuasa berdebat,” maklumnya.

Sumber: Sinar Harian