Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dalam Pasca PRU 15, rakyat masih berteka-teki siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 dan Parti gabungan mana yang akan membentuk kerajaan.
Dalam pada itu, Parti Warisan Sabah dalam satu kenyataan media menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bergabung dan memiliki jumlah kerusi parlimen majoriti untuk membentuk kerajaan.
Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata parti yang memenangi kerusi majoriti perlu diberi pilihan pertama untuk membentuk kerajaan.
“PH dan BN mesti diberi pilihan pertama untuk membentuk kerajaan. Sokongan ini juga atas alasan bahawa Kerajaan Persekutuan baharu akan menyelesaikan sepenuhnya 21 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
“Parti Warisan Sabah berharap PH bersama BN dapat menjadi gabungan yang baik, yang membolehkan pembentukan Kerajaan Persekutuan seterusnya yang membawa kepada kestabilan dan perpaduan kepada negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menerusi ciapan di Twitter berkata partinya membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
“BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” ujarnya.

Sumber: Parti Warisan Sabah