Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PAS Kekal Tidak Bubar DUN Kelantan, Terengganu Dan Kedah – Abdul Hadi

Nurhanis
PAS kekal tidak bubar dun
Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — PAS mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran parti berkenaan iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan kira-kira empat jam di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PAS turut membuat keputusan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) atas prinsip penyatuan ummah.

Beliau berkata selain itu, mesyuarat juga memutuskan akan memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN.

“Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya dalam satu kenyataan.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri beberapa pemimpin tertinggi parti antaranya Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sumber: BERNAMA