Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

PAS Lancar Aplikasi MyOnePAS, Siap Ada Fungsi E-Dompet
Parti Islam SeMalaysia (PAS) hari ini melancarkan sebuah aplikasi peranti mudah alih yang dikenali dikenali sebagai MyOnePAS.
Perkara berkenaan diumumkan oleh parti berkenaan melalui satu hantaran di Facebook rasminya, sebentar tadi.
Menerusi pelancaran berkenaan, PAS menjadi parti politik pertama tanah air yang memiliki super apps yang tersendiri.
MyOnePAS Mobile Super Apps telah dilancarkan semasa Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 yang dianjurkan pada 21 Oktober, 2023.
Menurut hantaran Facebook rasmi parti berkenaan (Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat), aplikasi tersebut bakal menyediakan fitur-fitur yang memudahkan kehidupan sebagai seorang penganut agama Islam.
“Aplikasi mudah alih pertama memfokuskan ciri-ciri yang memenuhi gaya hidup Islamik. Menyediakan fungsi e-dompet sepenuhnya dan MyOnePAS Mastercard Prepaid Card percuma untuk setiap pengguna.”
Selain itu, terdapat beberapa fungsi-fungsi lain seperti menentukan arah kiblat, permakluman waktu solat serta membuat sumbangan infaq secara istiqamah.
Pada masa yang akan datang, terdapat beberapa fitur lain yang akan diwujudkan bagi memenuhi keperluan pengguna.
“Bukan sekadar itu kerana di masa akan datang, (akan ada) SKIMPAS, PASTI, PASnews, PASpay, PASpoll, PASmonitor, PASapps, PASdeal, PASmoney, PAS Experience, PAS999, PASdata.”
Untuk makluman, Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali yang ke-69 telah diadakan di Shah Alam pada tarikh 20-22 Oktober 2023.
Muktamar PAS Pusat pernah diadakan di Shah Alam pada 10 tahun yang lalu iaitu pada 22-24 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam.
Manakala kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah adalah pada tahun 2015 iaitu di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Selangor.
Menurut rancangan asal, Muktamar Tahunan PAS pada tahun ini diputuskan untuk diadakan di Kelantan pada 3-5 Mei 2023 .
Akan tetapi, muktamar tersebut terpaksa ditangguhkan seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan sebelum ini.
Penangguhan ini adalah untuk ingin memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum Negeri ke-15 (PRN-15) pada 12 Ogos lepas.
Selepas itu, PAS mengambil keputusan untuk menukar lokasi muktamar berkenaan ke Shah Alam.
BACA: Letak Bahan Ni Je, Cara Simpan Taugeh Agar Tak ‘Lebam’, Boleh Tahan Seminggu
Sumber: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat via Facebook