Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PAS Ucap Selamat Hari Krismas

Nurhanis
pas hari krismas
Kredit: BERNAMA

PAS Ucap Selamat Hari Krismas

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam satu kenyataan mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada seluruh masyarakat beragama Kristian di negara ini yang menyambutnya pada Isnin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berharap sambutan kali ini berjalan dengan lancar dalam suasana yang selamat dan harmoni sekali gus menjadi pembuka pintu kepada hari-hari muka yang lebih baik dan bermakna.

“Kepelbagaian perayaan serta acara sambutan, sama ada berasaskan agama atau budaya berjalan secara harmoni dan meriah dalam kalangan pelbagai kelompok adalah manifestasi keunggulan sikap lunak, bertoleransi serta saling menghormati antara kita yang kukuh terjalin sejak sekian lama.

“Justeru, ia bukan sahaja perlu dipertahankan daripada kecenderungan-kecenderungan yang boleh melemahkan keunggulan sikap itu, malah perlu terus disuburkan atas kesedaran bahawa kepelbagaian yang wujud merupakan khazanah berharga masyarakat Malaysia yang menambah nilai kepada mutu kehidupan bersama kita,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

BACA: Mayat Dalam Kereta Lebih Lima Hari, Saksi Diminta Tampil – Polis

Beliau turut berkata PAS sentiasa meraikan dan terbuka meraikan sambutan masyarakat di negara ini sebagai asas ajaran Islam.

“PAS sentiasa meraikan dan terbuka kepada kepelbagaian, bukan sahaja sebagai ciri istimewa masyarakat, tetapi juga sebagai teras ajaran Islam itu sendiri yang menerima realitinya dalam ikatan keluarga besar kemanusiaan meliputi semua orang dan kelompok ras, budaya mahupun agama secara sah dan terhormat,” ujarnya.

Sumber: @PASPusat/X