Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pasangan Pekak & Bisu Ini Gigih Cari Rezeki Jual Kebab, Boleh COD Sekitar Selangor Dan KL

Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Begitulah pepatah yang boleh menggambar kecekalan pasangan orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu, dalam mendapatkan rezeki yang halal.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, pasangan ini gigih mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan keluarga dengan melakukan jualan ‘cash on delivery’ (COD) dengan menjual kebab dan menghantar ke rumah pelanggan.

”Assalamualaikun.. Saya Salahudin & Hidayah dan seorang pekak dan bisu.. Kami jual kebab daging dan kebab ayam.

”Mula berniaga pukul 4 petang sampai 10 malam. COD area KL dan Selangor. WhatsApp 013-8077606 dan 011-63927006. Terima kasih,” katanya.

Posting yang mendapat 2.1k tanda suka dan 13k perkongsian itu, dibanjiri dengan ratusan komen warganet, hanya dalam tempoh beberapa jam dimuat naik.

Rata-ratanya mendoakan semoga urusan pasangan ini dipermudahkan. Malah, berkata golongan ini merupakan contoh terbaik bagi mereka yang dikurniakan Allah dengan nikmat sempurna segala sifat dan deria tetapi malas berusaha.

Sebak, orang macam ni contoh terbaik

Semoga dimurahkan rezeki kalian

Sumber: Sofizar Usrah