Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Mandi Wajib Atau Tidak Selepas IVF?
Kredit: Hello Doktor

Pasangan Perlu Mandi Wajib Atau Tidak Selepas Proses IVF? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli

Florence Nuar

Pasangan Perlu Mandi Wajib Atau Tidak Selepas Proses IVF? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kelahiran si kecil memang saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang telah berkahwin, apatah lagi yang sudah sekian lama mendirikan rumah tangga.

Malah, tidak dinafikan apabila disahkan saja si kecil sudah menghuni rahim, saat itulah yang sangat menggembirakan hati seorang seorang wanita.

Kehidupan sehariannya pasti akan berubah dengan mengalami alahan, perubahan bentuk badan, sakit belakang dan lain-lain lagi yang bakal dialaminya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak sedikit pun mengurangkan perasaan sayang terhadap bayi yang dikandungnya selama sembilan bulan 10 hari.

Pada masa kini, ada pasangan yang belum mampu memiliki zuriat menggunakan pendekatan IVF sebagai alternatif untuk mendapatkan bayi melalui tabung uji.

Memang rezeki datang dari Maha Pencipta, tapi apa salahnya jika kita mengusahakannya dengan pelbagai cara untuk berkongsi kehidupan dengan kehadiran si kecil.

Jadi, perkongsian ini bertujuan untuk menjawab persoalan, adakah pasangan yang melalui proses IVF perlu mandi wajib atau tidak?

Ikuti jawapan daripada Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Mandi Wajib Selepas IVF?
Kredit: Hello Doktor

Soalan:

Adakah pasangan yang melalui proses IVF (persenyawaan di luar rahim) perlu mandi hadas?

Jawapan:

Dalam menjawab persoalan di atas, amatlah patut kita mengetahui maksud dan makna IVF itu sendiri serta proses yang dilakukan oleh pihak yang berautoriti. Memahami persoalan adalah separuh daripada jawapan. Begitu juga membina satu-satu hukum mestilah berdasarkan kefahaman yang jelas dengan tasawwur yang nyata. Kaedah fiqh menyebut:

الْحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ

Ini merupakan kaedah yang masyhur dan amat mulia di kalangan ulama yang merentasi mazhab. Al-Jurjani dalam kitabnya yang masyhur berkata: “Tasawwur merupakan menghasilkan gambaran sesuatu pada akal dengan tepat. Bukanlah maksud dengan tasawwur dalam kaedah ini semata-mata gambaran pada zihin pada akal dari sesuatu. (Lihat al-Ta’rifat, hlm. 59)

Abu al-Baqa’ al-Kafawi berkata: “Tasawwur kadang-kadang dengan maksud ilmu atau pengetahuan. Dan ia bukanlah berdasarkan kepada tasawwur yang dusta. Justeru, tasawwur yang dimaksudkan dalam kaedah ini ialah tasawwur yang penuh dengan ilmu yang mendalam tentang sesuatu perkara. Ini kerana tasawwur tersebut adalah dhabit pada zihin dan fikir yang selamat daripada kesilapan. (Lihat al-Kulliyyat, hlm. 290)

BACA JUGA: Persoalan Saiz Tudung, Ini Jawapan Mufti

Definisi IVF : Persenyawaan In Vitro (IVF) atau bayi tabung uji merupakan satu teknologi bantuan reproduktif bagi membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Proses ini melibatkan persenyawaan ovum atau oosit oleh sperma di luar badan manusia selepas teknik bantuan reproduktif yang lain telah menemui kegagalan.

Proses IVF: Proses rawatan bermula dengan merangsang ovari untuk menghasilkan folikel yang banyak. Proses hiperstimulasi ovari ini, adalah bergantung kepada umur, protokol dan dos FSH (follicular stimulating hormone) yang diberikan. Analog FSH yang disuntik akan diperhatikan dan dipantau secara berkala termasuk pemantauan perkembangan folikel sehingga hari ke 10 suntikan.

Suntikan hCG (human chorionic gonadotropin) akan diberi kepada pesakit bagi membantu mematangkan ovum dan diikuti dengan prosedur pengambilan ovum selepas 34 hingga 36 jam hCG telah diberikan. Pengambilan ovum akan dilakukan melalui vagina dengan berpandukan imbasan ultrasound. Cecair folikel akan dipindahkan kepada embriologis bagi mengenalpasti kehadiran oosit.

Sperma akan diproses di dalam makmal sebagai persediaan persenyawaan dengan menyingkirkan cecair seminal dan sel yang tidak aktif. Sperma dan oosit akan dieramkan bersama selama 1 hingga 4 jam bagi membolehkan persenyawaan berlaku. Oosit yang telah bersenyawa akan diperhatikan melalui kehadiran dua pronuklei. Kemudian, embrio akan dipindahkan ke dalam media yang khusus sekurang-kurangnya 48 jam sehingga berkembang menjadi enam hingga lapan sel embrio. Teknik menyuntik seekor sperma ke dalam oosit (ICSI) akan dilakukan bagi membolehkan persenyawaan berlaku bagi pesakit yang mengalami masalah kekurangan bilangan sperma.

BACA JUGA: Suami Wajib Beri Nafkah Secara Khusus Kepada Isteri?

Perkembangan embrio selepas persenyawaan akan diperhatikan sehingga embrio dimasukkan ke dalam rahim ibu dengan menggunakan kateter halus melalui vagina. Embriologis akan mendokumenkan bilangan sel, perkembangan dan peratusan fragmentasi embrio. Usia dan bilangan embrio yang akan dipindahkan semula ke dalam rahim ibu, bergantung kepada bilangan embrio yang berkualiti, umur pesakit wanita dan pelbagai faktor kesihatan yang lain. (Lihat http://www.myhealth.gov.my/bayi-tabung-uji-ivf/)

Berdasarkan kepada penerangan di atas, saya berpendapat tidak perlu mandi wajib kerana antara sebab yang membawa kepada mandi wajib ialah memasukkan zakar ke dalam faraj yang disebut sebagai ‘ilaj al-hasyafah atau al-zakar. Perkara ini tidak berlaku.

Hal ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

إذَا الْتَقَى الْخِتَانَانِ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ

Maksudnya: “Apabila dua kemaluan (zakar dan faraj) bertemu, maka wajib mandi walaupun tidak inzal (keluar air mani)”

Riwayat Muslim (105)

Begitu juga, keluar air mani. Juga tidak berlaku bagi perempuan. Adapun memasukkan kateter yang halus melalui vagina, ia tidak merangsang dan tidak membawa syahwat. Bahkan, kadang-kadang menyebabakan rasa sakit.

BACA JUGA: Apa Hukum Kalau Beli Emas Secara Trade In? Ikuti Penjelasan Mufti Ini

Keduanya, bagi lelaki yang diambil air maninya melalui proses mengeluarkan mani secara biasa atau digunakan kaedah masturbasi (masturbate) atau onani dengan tapak tangan dan seumpamanya dan bukan seperti bersetubuh, maka hendaklah dia mandi wajib, kerana salah satu sebab mandi wajib dengan sebab keluarnya mani.

Ini berdasarkan hadis daripada Abi Sa’id al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّمَا الْمَاءُ مِنْ الْمَاءِ

Maksudnya: “Sesunguhnya (mandi) air itu kerana disebabkan keluar air mani.”

Riwayat Muslim (343)

Saya berdoa kepada Allah semoga pasangan yang melakukan proses IVF dikurniakan zuriat yang soleh yang menjadi penyejuk mata hati serta penyambung warisan kedua ibu bapanya. Marilah sama-sama kita berdoa sebagaimana Nabi Allah Ibrahim berdoa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri