Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Pastikan 6 Perkara Ni Ada Dalam Kontrak Kerja Sebelum Turunkan Tanda Tangan

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Bestnya dapat tawaran kerja. Tak sabar nak masuk kerja! Hari pertama korang nak masuk kerja tu jangan ingat nak gembira bekerja je. Pastikan korang diberikan kontrak kerja dan yang paling penting jangan terus tandatangan je!

Baca teliti dahulu dan fahami setiap ayat. Kalau nak tahu, banyak isu terjadi dimana pekerja ambil mudah je dengan kontrak kerja dan tak baca pun terus je tandatangan. Kemudian hari bila sesuatu masalah terjadi tak boleh nak persoalkan sebab dah tertulis dalam kontrak. Jadi ini adalah 6 perkara penting Maukerja kongsikan dan WAJIB ada dalam kontrak kerja korang tu:

1. Kontrak korang di bawah syarikat apa?

Kebiasaannya awal-awal kontrak lagi sudah tertulis nama pihak yang korang terikat kontrak ini. Boleh jadi nama syarikat tersebut atau nama sebarang pihak. Jadi pihak ini lah yang bertanggungjawab atas korang sepanjang tempoh bekerja dank orang juga perlu berkhidmat untuk pihak tersebut sepanjang bekerja.

2. Apa tugas kerja korang dan apa pulangan yang korang dapat?

Tugas kerja korang memang patut dijelaskan dalam kontrak kerja agar tidak berlaku sebarang kekeliruan. Penting untuk korang baca dengan teliti agar tidak tertipu dikemudian hari dan pastikan ianya tepat.

Kontrak juga akan jelaskan beraa gaji yang korang patut terima dan apakah manfaat lain yang korang berhak untuk dapat. Perlu ada gaji, sebarang insurans, elaun, komisyen, kenaikan gaji, bonus dan semua yang penting. Perhatikan ada tak dijelaskan syarat-syarat?

3. Adakah korang terikat dalam sebarang exclusive relationship?

Dalam kontrak kerja ni biasanya di awal perenggan lagi sudah nyatakan nama jawatan yang disandang dan adakah ianya kerja tetap/kontrak/ sambilan? Bukan itu je, kontrak kerja ini juga ada menjelaskan bahawa korang dibenarkan untuk berkhidmat untuk pihak lain atau pun tidak.

Maksud yang mudah adalah adakah korang dibenarkan untuk melakukan kerja lain sewaktu terikat dengan kontrak kerja ini? Ini semua perlu ada dalam kontrak agar tidak berlaku sebarang kekeliruan.

4. Bagaimanakah status kerja korang boleh ditamatkan?

3 cara paling biasa bagaimana seseorang pekerja itu boleh ditamatkan kontrak adalah pertama melalui ‘just cause’ iaitu dimana majikan menghentikan pekerja atas sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh, korang melanggar kontrak dengan mencuri, aktiviti haram dan kontrak memang akan ditamatkan.

Keduanya adalah “without cause” iaitu status kerja tamat sebegitu sahaja tanpa sebarang sebab. Iannya berlaku dimana majikan mahu downsize company atau juga pekerja tersebut tidak layak untuk bekerja di situ.

Terakhir sekali adalah apabila pekerja sendiri tersebut yang meletak jawatan. Jika ini berlaku, ada kemungkinan korang tidak dapat merasai sebarang manfaat kerja.

5. Apa pampasan yang bakal korang dapat kalau berhenti kerja?

Korang perlu tahu apa manfaat yang disediakan oleh syarikat jika berhenti kerja. Boleh jadi dalam bentuk pampasan duit dan sebagainya. Jadi semuanya perlu ada siap-siap ditulis dalam kontrak jadi bila korang berhenti kerja nanti tidak lah timbul konflik seperti ditipu dan sebagainya. Ada bukti kontrak kerja yang korang boleh tunjuk.

6. Bagaimana proses selepas berhenti kerja?

Korang mungkin sudah pun berhenti kerja, tetapi mungkin masih lagi terikat dalam kontrak terutama sekali jika kontrak kerja mengandungi non-compete serta non-solicitation clauses.

Mengikut non-compete, ianya membawa maksud bahawa korang dihalang daripada mengambil sebarang kerja dalam industri yang sama untuk satu jangka masa yang tertentu selepas berhenti. Non-solicitation pula menghalang korang daripada mengambil pelanggan atau clinet daripada majikan terdahulu atau juga pekerja di office untuk ditarik bekerja bersama-sama selepas meninggalkan company.

Lihat, bagaimana pentingnya kontrak kerja ni. Walaupun ianya hanyalah satu dokumen tetapi ia membawa maksud yang cukup penting dan kerjaya anda bergantung atas kontrak kerja ini. Jadi untuk fresh graduate di luar sana, jangan sewenang-wenangnya tandatangan dokumen tanpa membacanya dahulu. Kelak, jika berlaku sebarang masalah korang tidak lah tertipu dan boleh pertahankan hak sebagai pekerja.