Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pavilion Bukit Jalil Raikan Kejayaan Tahun Kedua "Konnichiwa Japan – Together, Here"

PAVILION

Pavilion Bukit Jalil Raikan Kejayaan Tahun Kedua "Konnichiwa Japan – Together, Here"

Pavilion Bukit Jalil telah menutup tirai kempen "Konnichiwa Japan – Together, Here" yang telah berlangsung selama sebulan dengan sambutan tiga hari PAVILION x JAGAM Matsuri 2026. Acara kemuncak tersebut berlangsung dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2026, menghimpunkan pengunjung, peminat budaya, dan komuniti Jepun dalam satu sambutan meriah budaya Jepun.

Selaras dengan usaha Visit Malaysia 2026 untuk mempromosikan kepelbagaian budaya, Pavilion Bukit Jalil, dengan kerjasama Japan Graduates' Association of Malaysia (JAGAM) dan sokongan Kedutaan Jepun di Malaysia, menganjurkan edisi kedua PAVILION x JAGAM Matsuri sebagai kemuncak kepada kempen sebulan ini. Berikutan kejayaan edisi sulung tahun lepas, kempen tahun ini terus mengukuhkan komitmen Pavilion Bukit Jalil untuk memupuk pertukaran budaya yang bermakna antara Malaysia dan Jepun, melalui pelbagai pengalaman, persembahan tradisional, dan aktiviti bertemakan Jepun yang asli.

Majlis perasmian dihadiri oleh H.E. Shikata Noriyuki, Duta Besar Jepun ke Malaysia; Puan Sri Cindy Lim, Pengerusi Eksekutif Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.; Puan Nuwal Fadhilah Ku Azmi, Pengarah Kanan, Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia/Afrika) Tourism Malaysia; Encik Gary Tang, Presiden Japan Graduates' Association of Malaysia (JAGAM); dan Encik Patrick Liau, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT.

Sepanjang bulan Julai, Konnichiwa Japan – Together, Here. mengubah Pavilion Bukit Jalil menjadi destinasi budaya Jepun dari 1 Julai hingga 2 Ogos 2026, dengan pelbagai pengalaman, hidangan Jepun yang lazat, peluang membeli-belah, aktiviti interaktif, serta pelbagai sudut foto menarik. Pengunjung turut menikmati ganjaran “Gift with Purchase”, iaitu Furoshiki Wrap dengan perbelanjaan minimum RM300, atau Beg Tote TSUTAYA BOOKS dan Baucar Beli Belah RM10 dengan perbelanjaan minimum RM500 dalam satu resit.

Dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2026, pengunjung berpeluang untuk menerokai Japanese Marketplace di Tingkat 2, merangkumi Zon Pink hingga Zon Oren, dengan pilihan produk, hidangan dan pengalaman budaya Jepun yang dikurasi khas — termasuk snek Jepun asli oleh Shojikiya, Matcha Corner oleh Ohcha Matcha dan The Haven Club, pengalaman tradisional Kingyo Scooping, permainan arked Jepun oleh Metapark, serta Creative Handcraft Marketplace anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia. Marketplace ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali citarasa, tradisi dan kraf tangan Jepun dalam satu destinasi.

Dalam tempoh yang sama, Moshi-Moshi Bazaar di PIAZZA, tingkat 3 menghidupkan suasana pasar jalanan Jepun dengan lebih 120 gerai yang menawarkan makanan jalanan Jepun, pencuci mulut, produk gaya hidup, hasil kraf tangan, dan pelbagai pengalaman budaya.

Di Centre Court, Tingkat 2, PAVILION x JAGAM Matsuri 2026 juga menampilkan pelbagai reruai interaktif dan aktiviti anjuran penyewa yang turut serta, termasuk Nitori, Tsutaya Books Bukit Jalil, Gifuto, Cosmic Creation, dan ramai lagi. Satu pengalaman unik buat pengunjung, "Tiny Dolls. Unexpected Places," hasil kerjasama dengan De Institute of Creative Arts and Design (ICAD), UCSI University, menampilkan patung kawaii yang comel berpakaian bertemakan Jepun yang disembunyikan di sekitar pusat beli belah, menggalak pengunjung mencari, mengambil gambar, dan berkongsi penemuan mereka di media sosial.

Pengalaman ini membolehkan pengunjung menyelami budaya Jepun melalui kreativiti, penerokaan, dan penglibatan secara langsung. Antara tarikan utama festival ialah Bon Odori yang diadakan setiap hari, mengajak pengunjung turut serta dalam tarian tradisional Jepun ini sambil merasai semangat meriah perayaan tersebut.

Sepanjang tiga hari tersebut, pengunjung dihiburkan dengan pelbagai acara menarik yang merangkumi hiburan Jepun, pertunjukan budaya, dan pengalaman mengasyikkan, termasuk persembahan oleh kumpulan idola J-pop yang berpangkalan di Malaysia, KLP48, penyanyi-penulis lagu Jepun, Kenichi Yamasaki, kumpulan tarian J-pop, The Jumpers, artis cosplay Mao Xian dan Akiho, dan pelawak Mr. Cherry.

Sambutan ini turut mengetengahkan tradisi Jepun menerusi persembahan Wadaiko oleh Wadaiko Syo, Tarian Yosakoi oleh Malaysia KL Seiran Matoi & Kobe Seiran Matoi, Tarian Eisa Okinawa oleh Hirano Kijimuna, serta Pertunjukan Fesyen Kimono yang eksklusif di Pavilion Bukit Jalil.

Para pengunjung turut berpeluang menyelami kraf, budaya kuliner dan warisan Jepun menerusi pelbagai aktiviti seperti Maguro Live Cutting Show yang turut menawarkan sajian percubaan sashimi percuma untuk 500 pengunjung pertama, Pengalaman Memakai Yukata secara percuma, Demonstrasi Masaru Knives Malaysia, The Art of Kimono Kitsuke, Pertandingan Skit Cosplay, serta Pameran Kimono di Spanish Steps dan Pameran Koleksi Eksklusif Peralatan Hidangan Jepun di Pintu Masuk Utama.

"PAVILION x JAGAM Matsuri bukan sekadar meraikan budaya Jepun, tetapi juga hubungan yang terjalin melalui pertukaran budaya ini. Kerjasama tahun kedua kami bersama JAGAM, disokong oleh Kedutaan Jepun di Malaysia, mencerminkan komitmen kami untuk menyatukan komuniti melalui pengalaman yang bermakna. Kami amat menghargai para rakan strategik, penyewa, dan pengunjung yang menjadikan matsuri tahun ini satu lagi sambutan yang amat bermakna," kata Dato' Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Runcit, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.

Sebagai sebahagian daripada sambutan Konnichiwa Japan – Together, Here, pengunjung turut menyertai Peraduan Konnichiwa Japan Spend & Win dari 1 hingga 20 Julai 2026, untuk memenangi Pakej Percutian 7 Hari 6 Malam ke Jepun untuk dua (2) orang, dengan nilai keseluruhan pakej sebanyak RM80,000 buat tiga pemenang bertuah dari kalangan ahli Pavilion Privileges Pavilion Bukit Jalil, ditaja oleh Joy Paradise. Ketiga-tiga pemenang menerima pakej percutian Jepun mereka semasa majlis penyampaian hadiah yang menjadi kemuncak serta penutup gilang-gemilang bagi sambutan yang berlangsung sepanjang bulan tersebut.

Susulan kejayaan penganjuran tahun kedua ini, Pavilion Bukit Jalil terus memperkukuh "Konnichiwa Japan – Together, Here" sebagai platform tahunan utama yang meraikan budaya Jepun, sekali gus menyatukan komuniti melalui pertukaran budaya yang bermakna.

Untuk maklumat lanjut, layari:

Laman Web : www.pavilion-bukitjalil.com
Facebook : PavilionBukitJalil.Mall
Instagram : @pavilionbukitjalil
TikTok : @pavilionbukitjalil
Xiaohongshu : Pavilion_BJ
YouTube : @PavilionBukitJalil

**Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada acara, pihak pusat beli-belah akan memaklumkan kepada pengunjung melalui laman web rasmi dan platform media sosial.

Intipati
  • Kempen Konnichiwa Japan berlangsung di Pavilion Bukit Jalil dari 1 Julai hingga 2 Ogos 2026.
  • PAVILION x JAGAM Matsuri menampilkan marketplace, Moshi-Moshi Bazaar, Bon Odori dan persembahan Jepun.
  • Tiga ahli Pavilion Privileges memenangi pakej percutian Jepun bernilai keseluruhan RM80,000 tajaan Joy Paradise.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan