Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PDRM Benarkan Pergerakan 3 Orang Termasuk Pemandu Dalam 1 Kenderaan Untuk Tujuan Vaksinasi Di Kawasan Yang Dikenakan PKPD

Gambar: Bernama

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membenarkan pergerakan tiga orang (termasuk pemandu), bagi tujuan perubatan/vaksinasi dan kecemasan di lokaliti yang dikenakan PKPD.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, orang ramai yang duduk di lokaliti-lokaliti yang dikenakan PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang, kad janji temu atau mesej pesanan ringkas (SMS) sahaja kepada petugas di lapangan.

Dalam kenyataan yang sama, kes-kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara case to case basis.

Tambahan daripada itu, pihak polis juga ingin menasihatkan orang ramai supaya terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk bersama membantu kerajaan melandaikan lengkuk penularan wabak COVID-19 ini.

Sumber: @JKJAVMY