Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

'Peel' Suami Akhirnya Terbongkar, Tak Sangka Ramai Boleh Relate

peel suami
Gambar: AI/ImageFX
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

'Peel' Suami Akhirnya Terbongkar, Tak Sangka Ramai Boleh Relate

Tidak dinafikan, lelaki sering dilihat sebagai individu yang kuat, tenang dan mampu mengawal keadaan.

Ada yang jarang menunjukkan rasa sakit atau mengadu apabila berdepan kesusahan, seolah-olah mahu kekal dengan imej ‘macho’ di hadapan orang lain.

Namun, apabila bersama insan yang paling rapat terutama isteri, sisi berbeza mereka mula terserlah.

Ketika itulah muncul gelagat manja, mengada-ngada atau perangai pelik yang mungkin tidak pernah ditunjukkan kepada orang lain.

'Peel' suami ketika demam

Baru-baru ini, satu perkongsian oleh pengguna media sosial mencuit hati ramai apabila berkongsi gelagat suaminya ketika demam.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @aaaafifahz di Threads, suaminya menulis wasiat sambil menggigil di atas katil kerana demam.

Bagaimanapun, suhu badan suaminya ketika itu hanya 37.8 darjah Celsius.

“Suami saya tengah tulis wasiat ni kat atas katil gigil-gigil demam dengan suhu 37.8°,” tulisnya berseloroh.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang rata-ratanya mengakui pernah berdepan situasi sama bersama suami masing-masing.

Doktor dedah punca lelaki lebih ‘manja’ ketika demam

Dalam ruangan komen, seorang netizen turut berkongsi perbualannya dengan seorang doktor mengenai keadaan ini.

Menurutnya, doktor berkenaan menjelaskan bahawa ramai lelaki cenderung menyembunyikan kesakitan yang dianggap serius kerana mahu terus bekerja dan menjalankan tanggungjawab sebagai penyara keluarga.

“Haritu aku ada borak dengan doktor pasal ni. Kenapa lelaki kalau demam sikit je macam dah nazak perangainya, tapi kalau sakit sciatica sebab slipped disc, dia tak mengaku sakit.

“Doktor kata ini perangai lelaki sebagai provider. Benda serius dia tak mengaku sebab takut disuruh jangan pergi kerja, jadi waktu sakit sikit-sikit inilah dia nak bermanja,” katanya.

Ramai isteri tampil berkongsi pengalaman hampir sama

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terutama golongan isteri turut berkongsi pengalaman masing-masing yang disifatkan cukup 'relate’ dengan situasi tersebut.

“Setiap dua minit dia ambil tangan kita suruh pegang badan dia, nak pastikan masih panas lagi. Akulah yang kena jadi pemeriksa suhu tak rasmi,” komen seorang warga maya.

“Mana-mana pun sama kak. Kalau kita demam, nyawa macam tinggal 50%. Kalau lelaki demam, nyawa dia rasa tinggal 5%, kelip-kelip terus,” kongsi seorang lagi warga maya.

“37.8 darjah tu dia rasa dah nak jumpa Tuhan dan bersedia nak kena soal jawab dengan malaikat. Isteri demam 39.7 darjah pun masih boleh berjalan dan ketawa walaupun hampir pitam.

“Kalau suami demam, isteri kena sentiasa ada depan mata. Kena usap kepala, jadi bantal peluk, suap makan dan layan macam pesakit VIP. Kalau tak, mulalah kata isteri dah tak sayang,” seloroh seorang lagi netizen.

Seorang wanita turut berkongsi bahawa suaminya akan mengasingkan diri setiap kali demam, namun dalam masa sama tetap mahu diberi layanan istimewa.

“Suami saya kalau demam pindah bilik asing. Makanan kena letak depan pintu macam di hospital. Anak-anak tak boleh kacau sebab dia nak rehat. Terpaling demam,” katanya.

Sumber:Threads