Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: BERNAMA

Pegawai Keluarkan Surat Mohon Pertimbangan Wajar Ditegur, Bukan Dipecat – PM

Fazidi

Pegawai Keluarkan Surat Mohon Pertimbangan Wajar Ditegur, Bukan Dipecat – PM

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pegawai kerajaan yang mengeluarkan surat bagi memohon pertimbangan atau perhatian wajar diberikan teguran namun tidak sehingga dikenakan tindakan pemecatan.

Bagaimanapun, beliau berkata ia menjadi satu kesalahan apabila mereka mengeluarkan surat berbentuk sokongan atau meminta kelulusan bagi pihak tertentu untuk sesuatu projek.

“Memang saya telah menyatakan bahawa saya tidak setuju bentuk surat sokongan ini, cuma kita harus bezakan… sepertimana dizahirkan baru-baru ini, kes termasuk pegawai di pejabat saya, senarai enam syarikat kemudian minta dipertimbangkan, jadi wajar diberi teguran.

“…tetapi apakah harus dipecat?… kerana surat menyebut ‘sila pertimbangkan’, bukan syor meluluskan… kemudian dibangkitkan lagi, seorang pegawai saya di Kementerian Kewangan yang menyebut surat itu ‘dipanjangkan’.

“Ada saya pergi mana-mana daerah, pergi mana-mana negeri, orang hantar surat kepada saya, saya tulis ‘sila teliti’ tetapi yang tidak boleh adalah ‘menyokong’ atau meminta supaya syarikat itu diberikan kelulusan,” kata Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang ingin tahu adakah kerajaan akan melaksanakan audit dalaman terhadap pegawai-pegawai menteri susulan teguran Perdana Menteri agar pemantauan terhadap pegawai dilaksanakan dengan lebih tegas.

Anwar turut menarik perhatian mesyuarat Dewan Rakyat mengenai contoh surat yang menyalahi peraturan dari Kelantan dan Terengganu.

“Dalam kes surat, saya nak sebut kalau minta dipanjangkan… surat orang hantar kita kena rujuk, takkan kita nak simpan, dipanjangkan, diminta teliti tetapi yang tidak boleh adalah minta lulus… ini dibuat oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu,” kata beliau.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata tatakelakuan pegawai kerajaan dipantau melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam selain pelaksanaan audit dalaman.

Anwar turut mengulangi kenyataan bahawa semua dakwaan salah guna kuasa dan rasuah diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan tanpa sebarang campur tangan kerajaan.

Perdana Menteri turut mengkritik sikap pembangkang yang seolah-olah tidak berpuas hati terhadap siasatan SPRM yang dijalankan ke atas bekas Setiausaha Politik Kanan beliau Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Dalam kes yang sekarang disiasat SPRM cuba lihat, hendak suruh buat apa lagi? Orang itu digari dengan (memakai) baju oren. Saya rasa banyak kes berat yang lain tidak digari pun.

“Tidak puas hati lagi ke? Jadi, rasa setakat itu dan saya tidak tegur sepatah pun kepada SPRM. Saya sudah beritahu, dia (SPRM) bebas untuk siasat, dia siasatlah,” kata beliau.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata Kerajaan MADANI dengan tekad politik dan kesungguhan untuk membanteras rasuah melibatkan kerjasama agensi seperti SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara Malaysia telah berupaya mengembalikan hasil negara berjumlah RM15.5 bilion.

“Ini adalah tindakan terhadap gejala sindiket yang berlaku dan berlanjutan selama puluhan tahun… ramai yang menyaksikan tetapi tindakan hanya dapat diambil kerana ada tekad politik dan kesungguhan melaksanakan,” kata beliau.

Sumber: BERNAMA