Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pekerja Asing Di Malaysia Hanya Dibenarkan Bekerja Dalam 7 Sektor Ini
Malaysia sebagai sebuah negara membangun dengan ekonomi yang pesat, memerlukan kumpulan tenaga kerja tambahan untuk menyokong pertumbuhan industri. Pertumbuhan dalam pelbagai bidang menuntut jumlah tenaga kerja yang besar.
Dalam realiti ekonomi semasa, keperluan ini tidak selalu dapat dipenuhi sepenuhnya oleh tenaga kerja tempatan.
Inilah sebabnya mengapa kita sering melihat kehadiran ramai pekerja asing ke Malaysia bagi mengisi kekosongan tersebut dan membantu mengekalkan daya saing negara.
Mereka datang dari pelbagai negara, meninggalkan keluarga dan kampung halaman demi peluang pekerjaan yang lebih stabil. Pada masa yang sama, mereka turut menyumbang secara tidak langsung kepada perkembangan ekonomi Malaysia.
Namun, tidak semua mengetahui bahawa mereka hanya dibenarkan bekerja dalam tujuh sektor tertentu yang ditetapkan kerajaan.
Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, pengambilan pekerja asing dibenarkan secara sah bagi memenuhi keperluan industri. Ini khususnya sektor 3D iaitu Dirty, Dangerous, Difficult (Kotor, Berbahaya dan Sukar).
Di Malaysia, pekerja asing hanya boleh bekerja dalam sektor berikut:
Pembinaan
Perkhidmatan
Pertanian
Perladangan
Pembuatan
Perlombongan & Pengkuarian
Kawalan Keselamatan
Pembantu Rumah Asing (PRA)
Terdapat beberapa perkara tentang pekerja asing di Malaysia yang mungkin ramai tidak tahu. Antaranya:
1. Kategori pekerja asing
Bekerja dalam norma 3D (Dirty, Dangerous, Difficult)
Bekerja dalam 7 sektor dibenarkan: Pembinaan Perkhidmatan Pertanian Perladangan Perkilangan Perlombongan & Pengkuarian Kawalan Keselamatan Pembantu Rumah Asing (PRA)
Pekerja Tidak Mahir (Separuh mahir untuk subsektor tertentu)
Lain-lain kategori Diuruskan oleh Expatriate Services Division (ESD)
2. Negara sumber pekerja asing
Untuk info, negara sumber merujuk kepada negara asal yang membekalkan tenaga kerja asing ke Malaysia.
Semua sektor (kecuali PRA): Bangladesh, Kemboja, India, Indonesia, Kazakhstan, Laos, Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Turkmenistan, Thailand, Uzbekistan, Vietnam
Pembantu Rumah Asing (PRA): Kemboja, India, Indonesia, Laos, Nepal, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Vietnam

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, hal ini penting bagi:
Mengelakkan eksploitasi
Melindungi majikan & pekerja
Memastikan tenaga kerja yang masuk adalah sah & teratur
BACA: Menarik, Ini 22 Spesies Kura-Kura & Penyu Malaysia Yang Jarang Diketahui
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia