Terkini

Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Pekerja Kilang Tidak Sedarkan Diri
Gambar: Bomba Kedah via Bernama

Pekerja Kilang Tidak Sedarkan Diri Dipercayai Terhidu Gas Ammonia

Iqbal Yasir

ALOR SETAR, 3 Okt (Bernama) — Seorang pekerja sebuah kilang di Batu 6, Jalan Kuala Kedah dekat sini ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah selepas dipercayai terhidu gas ammonia yang bocor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.18 pagi.

“Komander Operasi yang membuat pemantauan mendapati terdapat bau gas ammonia yang sangat kuat di lokasi. Kesemua anggota telah diarahkan memakai alat pernafasan dan membuka aliran hos dan membuat teknik ‘water curtain’ bagi menghampiri kawasan kilang dan mengenal pasti punca kebocoran gas.

“Pada pukul 7.06 pagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja menemukan mangsa yang berusia 40-an dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan kilang berkenaan akibat terhidu gas yang bocor di dalam kilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan dan telah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk tindakan lanjut.

“Kawalan keselamatan telah dilakukan di lokasi kejadian bersama pasukan Hazmat dan telah berjaya menemui injap gas yang bocor dan menutup injap berkenaan.

“Pasukan Hazmat melakukan pengesanan gas di sekitar kawasan berkenaan bagi memastikan ia selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.19 pagi,” katanya.

Sumber: BERNAMA