Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

DUNGUN, 17 Jun (Bernama) -- Seorang pekerja pelantar minyak meninggal dunia selepas mengadu mengalami ketidakselesaan pada bahagian dada ketika berada di Pelantar Minyak Guntung-Delta, Paka dekat sini hari ini.
Ketua Polis Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di pelantar minyak berkenaan pada 7.30 pagi.
Beliau berkata sebelum itu pada 6 pagi, mangsa dipercayai mengalami ketidakselesaan pada bahagian dada.
"Petugas perubatan pelantar minyak telah memberikan bantuan awal pernafasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu menggunakan helikopter pada 11.22 pagi.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah hospital berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, beliau berkata bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.