Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Lelaki Tingkatan Dua Cedera Ditusuk Kerambit Di Sekolah

Pelajar Cedera Ditusuk
Kredit: Bernama

SHAH ALAM, 11 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar tingkatan dua cedera dipercayai akibat ditusuk menggunakan senjata kerambit berukuran 10 sentimeter (cm) oleh rakan sekelasnya di sebuah sekolah di sini, pada 5 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah mengesahkan kejadian itu berkata bagaimanapun, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan.

“Kejadian melibatkan suspek seorang pelajar perempuan manakala mangsa adalah lelaki yang kedua-duanya adalah rakan sekelas.

“Tangkapan juga telah dilakukan terhadap suspek dan telah diberi jaminan polis. Dalam kes ini tiada tujuan dan motif, dipercayai suspek kurang sihat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.