Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Malaysia Dilaporkan Hilang Di Jepun Ditemukan Selamat

Iqbal Yasir
Pelajar Malaysia jepun Ditemukan
Gambar: Bernama

Pelajar Malaysia Dilaporkan Hilang Di Jepun Ditemukan Selamat

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

Maklumat mengenai penemuan Nurin Hannani Hafizi, 21, penuntut institusi pengajian Kure Kosen dikongsi oleh Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) di laman Facebook rasminya pada Khamis.

Sebuah organisasi dakwah rakyat Malaysia di Jepun, IMAN Jepun turut berkongsi berita itu di Facebook.

“Kami telah menerima berita daripada Kedutaan Malaysia. Alhamdulillah, Hannani telah ditemukan dengan selamat. Terima kasih kepada semua atas kerjasama, sokongan dan doa anda. Kebaikan dan usaha anda amat bermakna,” kata IMAN Jepun di laman Facebook rasminya.

Sebelum ini, Nurin Hannani dilaporkan hilang pada Rabu setelah tidak pulang ke kampus sejak malam Isnin sehingga pihak Kosen membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

Sumber: Bernama

BACA: Pelajar Malaysia Dilaporkan Hilang Di Hiroshima, Jepun

BACA: Baru Tiba Di Besut, Lelaki Hiba Isteri Meninggal Terlibat Kemalangan Di Klang