Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Ant-Man, Jonathan Majors Didakwa Lakukan Serangan Ke Atas Wanita

Jonathan Majors serangan
Kredit AFP

Pelakon Ant-Man, Jonathan Majors Didakwa Lakukan Serangan Ke Atas Wanita

Jonathan Majors dilaporkan didakwa dengan beberapa kesalahan serangan dan gangguan, selepas dituduh menyerang seorang wanita, menurut pejabat peguam daerah Manhattan.

Polis New York City berkata, pelakon Creed III dan Ant-Man and the Wasp: Quantumania itu telah ditangkap pada Sabtu lalu sejurus selepas menerima panggilan kecemasan 911 dari sebuah apartmen di kejiranan Chelsea di Manhattan.

Polis memaklumkan bahawa seorang wanita berusia 30 tahun yang mengalami kecederaan ringan di kepala dan leher telah dibawa ke hospital. Majors kemudiannya dibebaskan daripada tahanan polis pada malam hari yang sama.

Pada hari Isnin, pejabat peguam daerah mengesahkan bahawa pelakon itu telah didakwa dengan beberapa pertuduhan menyerang di peringkat ketiga.

Antaranya ialah tiga pertuduhan cubaan menyerang di peringkat ketiga, satu pertuduhan gangguan teruk di peringkat kedua dan satu pertuduhan gangguan peringkat kedua.

Hakim membebaskan Majors dengan jaminan disamping memberikan perintah perlindungan terhad. Kehadiran seterusnya di mahkamah dijadualkan pada 8 Mei depan.

Berdasarkan aduan wanita itu, Majors telah didakwa “memukul mukanya dengan tangan, menyebabkan kesakitan yang teruk dan luka di belakang telinganya”. Majors juga didakwa meletakkan tangannya di lehernya lalu menyebabkan lebam dan kesakitan.

Jonathan tidak bersalah dan menjadi mangsa tuduhan

“Jonathan Majors benar-benar tidak bersalah dan terbukti menjadi mangsa pertengkaran dengan seorang wanita yang dikenalinya,” kata peguam bela jenayah pelakon itu, Priya Chaundri dalam satu kenyataan pada Ahad selepas dia ditahan.

“Kami dengan pantas mengumpul dan mengemukakan bukti kepada Peguam Daerah bahawa semua pertuduhan akan digugurkan segera,” tambah Chaudhry lagi.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Chaudhry sebelum ini mendakwa bahawa rakaman video dari kenderaan di mana kejadian yang didakwa berlaku, keterangan saksi daripada pemandu dan penonton, serta dua lagi kenyataan bertulis daripada seorang wanita yang menarik balik dakwaannya adalah antara bukti yang berjaya dikumpul.

“NYPD dikehendaki membuat penahanan dalam situasi ini, dan ini adalah satu-satunya sebab Majors ditangkap,” beritahu Chaudhry.

Seorang wakil daripada Majors juga telah mendakwa sebarang salah laku oleh pelakon itu.

“Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kami berharap untuk membersihkan namanya,” kata wakil itu menerusi emel.

Majors mempunyai rancangan jangka panjang dengan Marvel Studio selepas terlibat dalam membawakan watak penjahat bernama Kang.

Kang merupakan watak penjahat utama dalam fasa semasa studio filem dan televisyen, dia juga akan menjadi tajuk utama Avengers: The Kang Dynasty. Filem itu dijangka akan ditayangkan pada 2025 nanti.

Sumber: The Guardian