Siakap Keli
ant-man lato-lato
Gambar: Detikcom

Tular, Bintang Filem Ant-Man “Enjoy” Main Lato-Lato

Tular, Bintang Filem Ant-Man “Enjoy” Main Lato-Lato

Pelakon filem Ant-Man, Paul Rudd menjadi bualan hangat di media sosial selepas dilihat bermain permainan lato-lato ketika di Ant-Man and The Wasp: Quantumania Exclusive Fan Event yang berlangsung di Sydney, Australia.

Memetik CNN Indonesia, Paul dilihat sedang mencuba permainan lato-lato berwarna kuning ketika berada di majlis karpet merah itu dengan reaksi wajahnya yang keliru sebelum menghayunkan permainan itu.

“Wah, saya tak tahu, adakah saya perlu buat ini? (cuba mengerakkan lato-lato ke atas dan ke bawah),” kata Paul kepada detikHot.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Bagaimanapun, dia akhirnya berjaya bermain permainan tersebut untuk menarik perhatian peminat lain.

Malah, ada juga di antara mereka yang menghampirinya untuk melihat Paul sedang bermain lato-lato.

Pelakon lain yang membintangi filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania juga tidak ketinggalan untuk mencuba permainan ini.

Antaranya ialah Jonathan Majors, yang memegang watak sebagai Kang the Conqueror hingga kepada pengarah filem, Peyton Reed.

Gambar: Detikcom

Majlis Ant-Man and the Wasp: Quantumania Exclusive Fan Event diadakan untuk mempromosikan filem yang bakal ditayangkan pada pertengahan bulan ini.

Acara itu terdiri dari majlis karpet merah dan juga tayangan eksklusif filem tersebut, lapor CNN Indonesia.

Selain Paul Rudd, antara beberapa bintang Ant-Man 3 yang turut hadir dan memeriahkan majlis tersebut ialah Jonathon Majors dan Peyton Reed.

Gambar: Detikcom

Lebih menarik lagi, majlis itu juga turut dimeriahkan dengan cosplay watak adiwira yang terdapat dalam filem ini.

Ant-Man and The Wasp: Quantumania yang bakal ditayangkan tidak lama lagi ini merupakan filem ketiga dalam sekuel Ant-Man.

Filem pertama dikeluarkan pada tahun 2015 dan diikuti oleh Ant-Man and The Wasp tiga tahun kemudian.

Antara barisan pelakon filem terdahulu yang masih lagi kembali untuk filem ketiga ini ialah seperti Paul Rudd, Evangeline Lilly, Michael Douglas dan Michelle Pfeiffer.

Majlis eksklusif itu juga turut dimeriahkan oleh Kathryn Newton, Jonathan Majors serta Randal Park.

Difahamkan bahawa filem ini akan menjadi filem pertama Fasa Lima dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania ini dikatakan bakal ditayangkan di pawagam pada 17 Februari 2023.

Sumber: CNN Indonesia

Noorliyana Ishak