Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Grey's Anatomy, Eric Dane Meninggal Dunia

Eric Dane Meninggal
Kredit: AFP

Pelakon Grey's Anatomy, Eric Dane Meninggal Dunia

Pelakon, Eric Dane, yang terkenal dengan wataknya sebagai pakar bedah plastik dalam siri perubatan Grey's Anatomy telah meninggal dunia pada usia 53 tahun, lapor media AS pada Khamis.

Memetik laporan AFP, Dane pada tahun lalu mengumumkan bahawa beliau telah didiagnosis dengan sklerosis lateral amiotrofik atau ALS. Ia merupakan gangguan neurologi yang juga dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig.

"Dengan berat hati, kami ingin berkongsi bahawa Eric Dane telah meninggal dunia pada petang Khamis selepas berjuang melawan ALS," kata keluarga Dane dalam satu kenyataan yang dipetik oleh CBS dan saluran berita lain.

Dane, yang dilahirkan di San Francisco, membuat penampilan sulungnya di televisyen dalam siri Saved by the Bell pada tahun 1991.

Wataknya yang paling terkenal ialah di dalam siri Grey's Anatomy, yang bermula pada tahun 2006. Dia berperanan sebagai pakar bedah, Dr. Mark Sloan dan muncul dalam 139 episod sehingga 2021.

Selain itu, Dane turut muncul dalam drama HBO, Euphoria.