Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Harry Potter, Michael Gambon ‘Pofesor Dumbledore’ Meninggal Dunia

Iqbal Yasir
Gambar: Daniel Leal,/ AFP
Gambar: Daniel Leal,/ AFP & AFP

Pelakon Harry Potter, Michael Gambon Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun

LONDON — Pelakon British-Ireland, Sir Michael Gambon dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun di hospital berikutan serangan radang paru-paru hari ini, lapor AFP .

Pemergian pelakon yang terkenal menerusi watak Profesor Albus Dumbledore dalam enam daripada lapan filem Harry Potter itu dimaklumkan oleh ahli keluarga mendiang.

“Kami dengan penuh rasa duka ingin memaklumkan pemergian Sir Michael Gambon,” kata ahli keluarga mendiang dalam satu kenyataan.

Michael Gambon Meninggal Dunia
Gambar: AFP

Berita pemergian mendiang turut dirasai oleh beberapa selebiriti terkenal United Kingdom, antaranya bekas pengacara program Top Gear, Jeremy Clarkson. Beliau menyifatkan mendiang sebagai seorang yang lucu dan individu yang hebat.

BACA JUGA: Pak Ali The Legend Meninggal Dunia

“Saya sangat sedih sewaktu mendengar khabar pemergian Michael Gambon,” katanya di media sosial.

Pemergian mendiang dianggap sebagai satu kehilangan besar dalam pentas seni global.

Micheal Gambon

Michael Gambon Meninggal Dunia
Gambar: Daniel Leal / AFP

Micheal Gambon dilahirkan diIreland. Mendiang memulakan kerjaya sulung lakonannya dalam teater dan pertama kali muncul dalam produksi Othello di Teater Gates di ibu kota Ireland Dublin pada tahun 1962.

Namanya semakin dikenali di Britain selepas memegang watak detektif Perancis dalam siri ITV, Maigret. Seterusnya turut memegang watak sebagai Philip Marlow (penulis skrip Dennis Potter) dalam The Singing Detective pada 1986.

Bukan itu sahaja, mendiang turut membuat persembahan dalam adaptasi BBC 2015, The Casual Vacancy oleh JK Rowling, The Norman Conquest (karya Alan Ayckbourn), The Life Of Galileo, Henry ( Teater Kebangsaan Nicholas Hytner), The King’s Speech (2010) dan Gosford Park (2001) serta banyak lagi.

BACA JUGA: Penyanyi Legenda Tina Turner Meninggal Dunia Di Usia 83 Tahun

Namun, puncak nama mendiang dikenali ramai adalah sewaktu dalam filem fantasi Harry Potter dengan memegang watak sebagai Dumbledore (guru besar sekolah sihir Hogwarts).

Mendiang tampil dalam filem pertama Harry Potter and the Philosopher’s Stone (1997).

Bagi mengiktiraf sumbangan dalam industri hiburan, mendiang diberi anugerah kesatria yang membawa gelaran Sir pada 1998.

Untuk makluman, sepanjang karier lakonan Gambon, mendiang telah memenangi empat anugerah The British Academy Film Awards (BAFTA) dan anugerah Olivier.

Sumber: AFP via Barron