Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pelakon Korea Selatan, Lee Seo Yi Meninggal Dunia
Pelakon Korea Selatan, Lee Seo Yi atau nama sebenarnya Song Soo Yeon dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 43 tahun.
Berita duka tersebut disampaikan oleh pengurusnya, Song Seo Bin menerusi laman media sosial pelakon berkenaan, semalam.
“Saya, Song Seo Bin, pengurus kepada pelakon Lee Seo Yi. Saya ingin memaklumkan bahawa kakak saya yang baik hati, cantik dan bergemerlapan telah meninggal dunia pada 20 Jun.
“Saya yakin anda semua pasti terkejut dan bersedih dengan berita pemergiannya tetapi saya mohon semua untuk doakan kakak berada di tempat yang indah,” ucapnya.
Menerusi kenyataan yang sama, Song turut membuka peluang kepada mereka yang ingin menziarahi tempat persemadian terakhir mendiang dengan menghubunginya untuk mengetahui lokasi.
Setakat ini, punca kematian mendiang tidak didedahkan.
BACA: Anak Perempuan Rahmad Mega Meninggal Dunia
Malah, mendiang turut membintangi beberapa filem terkenal seperti The King dan Killing Romance.
Menerusi filem Killing Romance, mendiang memegang watak kakak kepada Beom Woo yang meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton, lapor Chosun Biz.
Selain itu, mendiang turut dikenali menerusi beberapa filem iaitu Madame Bbaeckdeok, Do You Still Love Me? dan The Office. Semakin aktif dalam bidang lakonan, mendiang muncul dalam drama Good Doctor dan Strange People.
Berita ini tidak hanya mengejutkan para peminatnya, malah seluruh dunia hiburan turut gempar berikutan mendiang baru sahaja selesai membuat penggambaran drama syarikat produksi tvN, The Divorce Insurance pada Mei lalu.
Ketika menandatangani kontrak bersama SBS, mendiang turut berpeluang menjadi bintang dalam drama hit, Cheongdam-dong Scandal.
Menjengah perjalanan hidupnya, Lee tidak hanya bersinar di pentas lakonan. Dilahirkan pada 18 April 1982, Lee merupakan seorang yang cemerlang dalam pendidikan.
Setelah berjaya mendapat segulung ijazah dalam Pengajian Czech dan Slovak dari Hankuk University of Foreign Studies, mendiang menyambung pengajiannya di Pusan National University.
Sumber: Koreaboo, Chosun Biz, Allkpop