Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pelakon veteran Bollywood, Dilip Kumar dilaporkan telah meninggal dunia pada hari ini di usia 98 tahun.
Menurut Indian Express, Dilip meninggal dunia pada jam 7.30 pagi waktu tempatan setelah sekian lama menderita sakit. Doktor yang merawatnya mengatakan bahawa Dilip menghidap kanser prostat dan ia merebak ke organ-organ tubuhnya yang lain.
Kematiannya itu telah dimaklumkan oleh ahli keluarganya, Faisal Farooqui di laman Twitter.
Dilip merupakan legenda seni perfileman di Bollywood dan telah terlibat dalam 65 filem sepanjang kareernya.
Antara filem dan dramanya yang terkenal adalah Andaz (1949), Daag (1952), Devdas (1955) dan Ram Aur Shyam (1967).
Sumber: Indian Express, Hindustan Times