Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Pelakon Terkenal Korea Selatan, Lee Soon-jae Meninggal Dunia
Pelakon veteran Korea Selatan, Lee Soon-jae dilapor meninggal dunia pada usia 91 tahun, pagi tadi.
Menurut laporan Korea JoongAng Daily, berita dukacita tersebut dikongsi oleh agensi mendiang, SG Way Entertainment.
Berita berkenaan turut mendapat perhatian Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung yang menyampaikan ucapan takziah dengan menyifatkan mendiang sebagai ‘bintang terulung’ dalam industri seni Korea.
Ucapan tersebut dizahirkan menerusi hantaran di laman Facebook, lapor Yonhap News Agency.
“Kami akan sentiasa mengingati mendiang sebagai pelakon kesayangan semua peringkat generasi. Mendiang juga merupakan pelakon tempatan sejati,” ucap beliau.
Mendiang yang dikenali menerusi pelbagai watak merupakan pelakon yang aktif dalam kerjayanya sehingga tahun lalu.
“Lee menumpukan hidupnya kepada bidang lakonan selain menaikkan martabat seni dan budaya Korea. Bergerak lancar antara teater, filem dan televisyen, beliau membawa gelak tawa, emosi, ketenangan dan keberanian kepada kita,” katanya lanjut.
Lahir pada tahun 1934 di Hoeryong yang kini dikenali sebagai Korea Utara, beliau berpindah ke Seoul ketika berumur 4 tahun. Mendiang memulakan langkah dalam bidang lakonan sekitar tahun 1956.
Tidak hanya itu, mendiang juga pernah bergerak aktif dalam bidang politik seketika apabila dilantik menjadi penggubal undang-undang pada tahun 1992 bagi Parti Liberal Demokrat yang memegang tampuk pemerintahan ketika itu.
Difahamkan, mendiang mula melepaskan kerjaya lakonannya pada Oktober tahun lalu berikutan masalah kesihatan.
Ucapan takziah turut diterima daripada pelakon, Jung Bo-seog yang pernah melakonkan watak sebagai menantu kepada watak mendiang dalam sitkom MBC berjudul High Kick Through the Roof, lapor Chosun Daily.
“Saya amat menghargai segalanya, cikgu. Saya belajar dan dapat merasai banyak perkara daripada lakonan, kehidupan dan sikap cikgu sebagai pelakon.
“Setiap langkahmu, cikgu, merupakan permulaan dan sejarah lakonan penyiaran kami. Tahniah saya ucapkan dengan segala pencapaianmu, tetapi saya sedih kerana cikgu pergi sebelum sempat menyempurnakan beberapa perkara,” ucapnya.
Sumber: Korea JoongAng Daily, Yonhap News Agency, Chosun Daily