Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KLANG, SELANGOR – West Coast Expressway (WCE) mengumumkan bahawa kutipan tol bagi Jajaran Seksyen 2, yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat SAE (KESAS) ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Persimpangan Bertingkat Banting, akan bermula pada 13 Jun 2025 (Jumaat) jam 12.01 tengah malam.
Jajaran Seksyen 2 sepanjang 7.2 km (Persimpangan Bertingkat SAE – Persimpangan Bertingkat SKVE) ini telah dibuka secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, pada 22 Januari 2025 yang lalu.

Kadar tol di Seksyen 2 Lebuhraya WCE berintegrasi sepenuhnya dengan Lebuhraya SKVE melalui Persimpangan Tanjung Dua Belas. Kadar tol yang dikenakan telah mengambil kira keseluruhan perjalanan pengguna, termasuk bahagian perjalanan di Lebuhraya SKVE.
Kutipan tol Seksyen 2 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, Smart Tag dan RFID. Pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch ‘N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.
Berikut adalah pecahan kadar tol (WCE & SKVE) mengikut kelas kenderaan yang telah ditetapkan:

Kadar tol keseluruhan mengikut kelas kenderaan:

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran, sila layari laman web WCE atau muat turun aplikasi WCE App. Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan pembayaran tol, sila hubungi WCE Infoline di 1700 81 6600 atau emel info@wce.com.my