Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Tiada Kategori

Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024

Nurul Naqiyah

Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024

NILAI, 2 APRIL 2024 – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 yang akan berkuat kuasa dari 5 April hingga 19 April 2024.

skim harga maksimum 2024

Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari iaitu 5 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 9 hari selepas perayaan. Sebanyak 22 jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 dan senarai barangan adalah seperti berikut:

  1. Daging lembu tempatan (kecuali daging batang pinang) (*Harga maksimum di Semenanjung sahaja);

  1. Daging kerbau import (*Harga maksimum di Semenanjung, Sabah dan WP Labuan sahaja);

  2. Daging lembu import (*Harga maksimum di Sarawak sahaja);

  3. Tomato;

  4. Cili merah;

  5. Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Beijing);

  6. Kacang panjang;

  7. Timun;

  8. Sawi hijau;

  9. Halia tua import;

  10. Bawang besar merah import;

  11. Bawang kuning besar;

  12. Bawang putih (China);

  13. Ubi kentang import (China);

  14. Cili kering kerinting;

  15. Kacang tanah;

  16. Kelapa biji (*Harga maksimum di peringkat borong sahaja);

  17. Kelapa parut (*Harga maksimum di peringkat runcit sahaja);

  18. Ikan kembung termasuk ikan mabung (saiz antara 8 ekor hingga 12 ekor setiap kilogram);

  19. Ikan selayang (saiz antara 8 ekor hingga 12 ekor setiap kilogram);

  20. Ikan aya atau tongkol (saiz antara 1 ekor hingga 2 ekor setiap kilogram) (*Dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja);

  21. Ikan demuduk, sagai, cermin atau cupak (saiz antara 3 ekor hingga 5 ekor setiap kilogram) (*Dikawal di Sabah sahaja)

skim harga maksimum 2024

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) turut melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi. Semakan harga boleh dibuat melalui laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my.

skim harga maksimum 2024

Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan. Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui AKHAP 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

(i) Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum:

(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; dan

(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

skim harga maksimum 2024

(ii) Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal:

(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000; dan

(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aduan melalui saluran berikut:

  1. WhatsApp : 019-848 8000 / 019-279 4317;

  2. Portal e-Aduan KPDN : http://eaduan.kpdn.gov.my;

iii. Call Centre : 1-800-886-800;

  1. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN; dan

  2. Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) : 03-8882 6245 / 6088.