Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

UNIQLO bakal melancarkan koleksi Hijab pertama di Malaysia, menandakan satu lagi langkah penting buat jenama peruncit global itu dalam memperluaskan konsep LifeWear ke dalam kategori fesyen sopan (modest wear).
Berbeza daripada pendekatan yang hanya mengikut trend bermusim, koleksi ini memberi fokus kepada perkara yang menjadi kekuatan utama UNIQLO iaitu inovasi fabrik.
Dibangunkan menerusi tiga pilihan fabrik utama iaitu AIRism UV Protection, Satin dan Georgette, setiap hijab direka untuk memberikan pengalaman pemakaian berbeza mengikut gaya hidup, rutin harian dan pilihan peribadi wanita.

Dengan mengambil kira cuaca serta cara pemakaian wanita Malaysia, koleksi ini menggabungkan kepakaran tekstil global UNIQLO dengan keperluan tempatan, di mana elemen seperti keselesaan, pengudaraan, kepelbagaian gaya dan fungsi menjadi keutamaan selain penampilan.
Menambah keterujaan menjelang pelancaran, kempen koleksi ini turut menampilkan tiga personaliti terkenal Malaysia yang akan berkongsi interpretasi masing-masing terhadap gaya fesyen sopan moden.
Identiti mereka serta koleksi penuh dan visual kempen akan didedahkan semasa pelancaran rasmi.

Tarikh pelancaran: 17 Ogos 2026
Pilihan koleksi:
• AIRism UV Protection Hijab
• Georgette Hijab
• Satin Hijab
Harga: RM59.90
Ketersediaan: Semua cawangan UNIQLO di Malaysia serta laman web rasmi uniqlo.com