Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pelancong Asing Terkejut Dengan ‘Perangai’ Pemandu e-Hailing Malaysia

Hannah
perangai pemandu e-hailing malaysia
Gambar: TikTok @lamel0_d

Pelancong Asing Terkejut Dengan ‘Perangai’ Pemandu e-Hailing Malaysia

Bila sebut pasal Malaysia, bukan saja tempatnya yang cantik atau makanannya yang sedap. Tapi, perangai rakyat kita pun kadangkala ‘mengejutkan’ pelancong asing.

Walaupun tindakan kita itu mungkin kelihatan kecil atau ‘bersahaja’, tapi cukup untuk buat mereka tersenyum bila pulang ke negara asal.

Terbaharu, seorang pelancong asing berkongsi pengalaman lucu ketika menggunakan aplikasi e-hailing di Malaysia. Mungkin juga, dia terkejut dengan ‘perangai’ pemandu e-hailing Malaysia.

Menerusi satu video tular, lelaki itu kelihatan bersama sekumpulan rakannya sedang menunggu kenderaan yang ditempah. Namun, tanpa diduga, tempahannya ditolak mentah-mentah oleh pemandu e-hailing tersebut menerusi satu mesej.

Lebih mengejutkan, tempahannya bukan ditolak dengan alasan biasa, tapi gara-gara pemandu itu lebih memilih untuk menghabiskan mi goreng dulu.

Bukannya marah, tapi ketawa terbahak

Tidak berhenti di situ, mesej daripada pemandu itu juga cukup luar biasa, membuatkan pelancong itu bukannya marah malah terhibur.

Mana tidaknya, si pemandu siap sertakan gambar semangkuk mi goreng. Katanya, dia sedang makan dan terlupa nak tutup fungsi terima tempahan dalam aplikasi.

Dengan rela hati, pelancong itu pun membatalkan tempahan sambil berkata mungkin akan buat pesanan baharu selepas itu. Mungkin baginya, perkara ini sesuatu yang ‘rare’ dan pasti akan diingati.

Netizen tumpang terhibur

Kisah itu pantas menjadi perbualan hangat di media sosial. Netizen Malaysia, seperti biasa, tidak melepaskan peluang untuk menambah warna dengan komen-komen mencuit hati.

“Cancel and let the girl eat.”

“Malaysians priority. Eat first!!! Dah makan belum??? Makan dulu!!!”

“Weh, HAHAHA siap share gambar makanan. You should reply ‘Belanja I makan laaa’.”

“Bruhh! Next if your Malaysia friend send you food photo, you replay them “Nak belanja makan ke?”

“Tak apa sis I boleh tunggu” auto driver tu cancel sendiri.”

Dalam pada itu, ramai juga yang membezakan reaksi pelancong dan masyarakat tempatan kita.

“Dengan foreigner best. kena kat local time tu kena ceramah.”

BACA: Lelaki Non-Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al-Quran Pada Van Jenazah

Sumber: TikTok @lamel0_d