Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelancong Brazil Terjatuh Di Gunung Rinjani Disahkan Maut

Iqbal Yasir
Pelancong brazil maut rinjani
Gambar: AFP

Pelancong Brazil Terjatuh Di Gunung Rinjani Disahkan Maut

MATARAM — Seorang pelancong warga Brazil, 27, yang dilaporkan terjatuh ke dalam jurang sedalam 600 meter di Gunung Rinjani, Lombok pada Sabtu lalu disahkan meninggal dunia.

Menurut Ketua Pejabat SAR Mataram, Muhamad Hariyadi, mangsa ditemui oleh anggota pasukan penyelamat pada Selasa, sekitar jam 6 petang waktu tempatan di lokasi yang dikenali sebagai datum point.

“Hasil pemeriksaan awal tidak menemui sebarang tanda-tanda pergerakan pada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas tiga lagi anggota penyelamat turun ke lokasi dan melakukan pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, seramai tujuh anggota penyelamat telah membuat flying camp di sekitar kawasan kejadian, dengan tiga daripadanya berada di titik anchor kedua pada kedalaman 400 meter, manakala empat lagi berada di bersama mangsa pada kedalaman 600 meter.

Operasi menyelamat sebelum ini terpaksa ditangguh berikutan cuaca buruk dan penglihatan yang amat terhad. Operasi membawa naik mayat dijadual bersambung semula pagi ini.

“Mayat akan dibawa naik terlebih dahulu ke LKP, sebelum dibawa naik dengan tandu menuruni laluan pendakian ke Posko Sembalun,” jelas Hariyadi.

Mayat itu akan diterbangkan menggunakan helikopter dari Posko Sembalun ke Hospital Bhayangkara Polda Nusa Tenggara Barat (NTB) untuk tindakan lanjut.

Sumber: ANTARA News

BACA: Pembangunan Kota MADANI Bernilai RM4 Bilion Bermula Suku Ketiga Tahun Ini

BACA: Presiden Iran Umum “Perang 12 Hari” Tamat