Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelancong Hilang Kawalan, Pecahkan 10 Mesin ‘Check-In’ Lapangan Terbang

Athirah
10 Mesin ‘Check-In’
Kredit: New York Post

Pelancong Hilang Kawalan, Pecahkan 10 Mesin ‘Check-In’ Lapangan Terbang

Seorang pelancong warga Britain ditahan selepas bertindak merosakkan 10 mesin daftar masuk layan diri di sebuah lapangan terbang di Hong Kong, lapor New York Post.

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat menolak hingga tumbang sederet mesin daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Dia kemudian mencapai sebatang tiang penghadang barisan sebelum menggunakannya untuk menghentam dan memecahkan mesin daftar masuk berkenaan.

Kakitangan lapangan terbang bersama anggota keselamatan segera bergegas ke lokasi kejadian dan mengarahkan lelaki berkenaan supaya menghentikan perbuatannya bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

New York Post melaporkan pihak berkuasa mendapati dia membawa empat biji pil Viagra tanpa preskripsi.

Jika disabitkan kesalahan, lelaki berkenaan boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atas kesalahan “kerosakan jenayah” dan sehingga dua tahun penjara kerana memiliki secara haram.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti lelaki warga Britain yang bertindak agresif itu, manakala motif kejadian masih belum dapat dipastikan.

Media tempatan melaporkan bahawa lelaki berkenaan tiba di Hong Kong pada November lalu menggunakan visa yang sah selama enam bulan.