Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Rezeki Allah Nak Bagi Dia Happy," Adik Aqil Gembira Dapat Peluk Faisal Halim, Siap Ada 'Siu'

Athirah
Dapat Peluk Faisal Halim
Kredit: @ainasfya_, @selangorfc
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

"Rezeki Allah Nak Bagi Dia Happy," Adik Aqil Gembira Dapat Peluk Faisal Halim, Siap Ada 'Siu'

Setiap orang pasti mempunyai idola masing-masing.

Ada yang mengagumi artis kesayangan, ada yang menyanjung saintis hebat, tidak kurang juga yang menjadikan agamawan atau pemain bola sepak sebagai sumber inspirasi.

Bagi sesetengah individu, peluang untuk bertemu dengan insan yang selama ini hanya dilihat di kaca televisyen atau dibaca kisahnya di media sosial merupakan detik yang cukup bermakna.

Malah, pertemuan singkat itu boleh menjadi memori yang dikenang sepanjang hayat

"Rezeki Allah nak bagi dia gembira"

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial apabila impian seorang individu yang menghidap sindrom menjadi kenyataan apabila dia dapat bertemu dan memeluk idola kesayangannya, Faisal Halim.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ainasfya_ di Threads, individu yang dikenali sebagai Aqil menjadi tumpuan ketika berlari di atas padang sempena Majlis Hari Legasi.

Selain itu, gelagat Aqil dirakam oleh penonton yang berada di trek padang semasa sesi latihan, sebelum dia menghampiri Faisal dan memeluk pemain itu.

Lebih menghiburkan lagi apabila Aqil turut membuat gaya 'siu' yang sinonim dengan Faisal.

Suasana padang dipenuhi emosi apabila Aqil tidak dapat menahan sebak sebaik melihat idolanya menghampiri dan terus memeluknya.

Menurut @ainasfya_, adiknya adalah penyokong sejati SFC selain amat meminati Faisal.

"Aqil, adik aku yang menghidap Down syndrome memang peminat tegar Selangor FC, terutamanya Faisal Halim

"Semalam mungkin merupakan hari paling bahagia dalam hidupnya, apabila dia akhirnya dapat bertemu pemain bola sepak kesayangannya

"Dia memeluk Faisal dengan penuh kegembiraan. Bayangkan, setiap hari dia menyebut nama Faisal Halim. Rezeki Allah nak bagi dia gembira, akhirnya dia dapat bertemu secara berdepan" kata wanita itu lagi.

Coach Kim Pan-gon turut memeluk Aqil

Sementara itu, menerusi video yang dikongsikan oleh @selangorfc di TikTok, Aqil turut menerima pelukan erat daripada ketua jurulatih, Coach Kim Pan-gon, serta beberapa pemain lain.

Terpancar jelas sinar kebahagiaan di wajahnya ketika berinteraksi rapat dengan idola-idolanya dalam suasana santai di tengah padang.

Rata-rata pengguna TikTok memuji tindakan pihak pengurusan Selangor FC yang sangat inklusif dan berjaya memberikan kenangan seumur hidup buat Aqil.