Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pelantikan Pengerusi Baharu PPZ-MAIWP

Nurul Naqiyah
pelantikan pengerusi baharu ppz-maiwp

Pelantikan Pengerusi Baharu PPZ-MAIWP

Kuala Lumpur, 15 Mei 2024: Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa dari 23 April 2024 hingga 14 Februari 2026.

YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin, 58 tahun, memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Acadia, Kanada dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University of Hull, England. Beliau merupakan ahli Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA), UK dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di sektor korporat dan memulakan kariernya di Institusi perbankan sebelum memegang beberapa jawatan penting di beberapa syarikat seperti Renong Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad dan Putera Capital Berhad.

Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di beberapa syarikat termasuk Media Prima Berhad, Sime Darby Properties Berhad, Boustead Holdings Berhad, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji, dan Tradewinds Group (M) Sdn Bhd.

Ahli Lembaga Pengarah, barisan Pengurusan dan warga kerja PPZ-MAIWP mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau dan yakin dengan pengetahuan dan pengalaman luas yang dimiliki oleh YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin mampu membawa PPZ-MAIWP ke arah yang lebih cemerlang.

PPZ-MAIWP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 9 Februari 2024 di atas sumbangan dan khidmat beliau.