Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelawat Lengkap Divaksin Dibenarkan Untuk Buat Perjumpaan Dan Lawatan Di Penjara Berkuat Kuasa Serta-merta

Gambar Via Bernama

Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan bahawa pelawat yang sudah lengkap divaksin dibenarkan untuk membuat perjumpaan dan lawatan di penjara berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, pelawat perlu mematuhi syarat dan garis panduan ketat yang wajib dipatuhi seperti mana yang telah ditetapkan bagi pengawalan dan pencegahan COVID-19 dalam PPN Fasa 4 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Tarikh dan sesi perjumpaan akan ditetapkan selepas tempahan dibuat dengan had masa sesi lawatan tidak lebih 30 minit.

“Hanya dua orang pelawat sahaja dibenarkan dan pendaftaran terbuka (walk in) tidak dibenarkan.

“Bagi pelawat warga emas yang berumur lebih 60 tahun, kebenaran yang diberi adalah bersyarat iaitu mesti dalam keadaan sihat dan tidak bergejala,” kata Jabatan Penjara.

Dalam pada itu, pelawat yang ingin membuat tempahan terlebih dahulu boleh melakukannya melalui kaedah sistem i-Visit (ivisit.prison.gov.my), panggilan telefon dan e-mel atau surat.

Sumber: Bernama