Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pemain Man United Lupa Cara Nak Main Bola, Perlu Lebih Matang – Amorim
Ruben Amorim memberi kritikan pedas terhadap pemain Manchester United (MU), selepas pasukan bimbingannya mencatat keputusan seri yang mengecewakan ketika bertemu Fulham, pagi tadi.
Pengendali asal Portugal itu berkata, anak buahnya beraksi seperti mahu ‘menutup kedai’ selepas mendahului tuan rumah 1-0 melalui jaringan sendiri pemain lawan, Rodrigo Muniz pada minit ke-58.
Bagaimanapun tindakan itu membawa padah apabila Fulham berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-73 menerusi Emile Smith Rowe untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Melihat aksi longlai yang ditampilkan, Amorim memberi komen keras dan meminta pemainnya menjadi lebih matang di atas padang.
Pemain United terlupa cara main bola sepak, perlu lebih matang
“Saya fikir selepas kami mendahulu, kami terus lupa cara nak bermain bola sepak. Kami sangat menginginkan kemenangan dan itu adalah perkara yang baik.
“Tetapi apabila kami mendahului, semua pemain di atas padang seolah-olah berfikir “kita sedang mendahului, jadi apa kata pertahankan sahaja kelebihan ini dan cuba menang”.
“Hakikatnya, kami perlu menjadi lebih matang secara berpasukan. Apa pun, mereka sudah bekerja keras sepanjang minggu dan juga dalam perlawanan ini, saya yakin kami akan bertambah baik,” katanya.
Dalam aksi yang berlangsung di Craven Cottage, MU bermula dengan aksi yang cukup baik dan hampir berada di depan seawal minit kedua perlawanan.
Percubaan daripada pemain yang ditandatangani pada musim ini, Matheus Cunha bagaimanapun sekadar mengenai tiang gol ketika penjaga gol lawan, Bend Leno sudah tertewas.
Peluang Cunha untuk meledak gol sekali lagi hadir pada minit ke-13 apabila bola hantaran langsung daripada penjaga gawang, Altay Banyindir terus singgah di kakinya.
Namun, percubaan beliau pada kali ini mudah ditepis keluar oleh Leno, sekali gus menghampakan Cunha untuk mencetak gol pertamanya dalam jersi MU.
The Red Devils kemudian dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-33, selepas Mason Mount dikasari oleh pemain Fulham dalam kotak penalti ketika situasi sepakan penjuru.
Malangnya, tiada siapa menyangka Bruno Fernandez gagal menyempurnakan tanggungjawab tersebut selepas bola tendangan penaltinya terbang meliar melepasi gawang gol lawan.
Keputusan berakhir dengan keputusan seri 1-1, sekali lagi menjadi permulaan musim yang mengecewakan kepada Amorim.
Terdahulu, MU kalah dalam perlawanan pembukaan minggu lepas ketika melayan kunjungan Arsenal di Old Trafford.
BACA: Ramai Terhibur, Lelaki Bergurau Guna Cicak Buat Jemaah Lari Di Masjid
Sumber: AFP, The Guardian