Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ramai Terhibur, Lelaki Bergurau Guna Cicak Buat Jemaah Lari Di Masjid

Athirah
Lelaki Bergurau Guna Cicak
Kredit: @thehairi19 via TikTok

Ramai Terhibur, Lelaki Bergurau Guna Cicak Buat Jemaah Lari Di Masjid

Sahabat merupakan teman yang hadir dalam kehidupan kita bukan sekadar untuk berkongsi kegembiraan, malah untuk menemani saat suka dan duka.

Dalam kalangan rakan-rakan, pasti ada seorang yang terkenal dengan sifat suka bergurau. Kehadiran sahabat seperti ini sering menceriakan suasana, menghilangkan tekanan dan membuatkan hari-hari yang suram menjadi penuh gelak tawa.

Namun, di sebalik jenaka dan gurauan yang dilontarkan, tersimpan juga ikatan persahabatan yang kukuh kerana sahabat sejati bukan sahaja pandai menghibur, tetapi juga memahami dan menghargai kita seadanya.

Aksi jemaah di masjid buat ramai terhibur

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila seorang lelaki dilihat menangkap seekor cicak sebelum berlari kepada rakan-rakannya sambil menunjukkan haiwan itu

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @thehairi19, pada awalnya lelaki berbaju biru itu menuju ke arah dinding untuk menangkap cicak yang sedang merayap di dinding.

Tindakan lelaki berbaju biru itu dapat dijangka oleh seorang jemaah yang sedang duduk di atas kerusi, lalu dengan pantas menarik tangan rakannya yang berada di sisi sebelum dikejar oleh lelaki yang memegang cicak.

Manakala seorang lagi yang fokus bermain telefon bimbit kelihatan terpinga-pinga dengan kejadian itu sebelum turut berlari mengejar mereka, menjadikan situasi berkenaan lebih lucu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar kawasan masjid turut memaparkan tiga jemaah kelihatan berlari lintang-pukang daripada seorang rakan mereka yang cuba memberikan seekor cicak.

Video berdurasi 36 saat itu memaparkan mereka kelihatan gigih berlari ke arah belakang masjid untuk mengelak daripada lelaki berbaju biru itu. Aksi yang lincah dan kelihatan seperti kanak-kanak riang itu pasti menjadi momen yang akan diingati sepanjang hidup.

Video berkenaan mendapat 390.6k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa seronok melihat aksi-aksi mereka yang spontan dan menghiburkan.

“Sebab tu jangan halau anak-anak bermain di masjid/surau. Lihat mereka sudah besar,” gurau seorang wargamaya.

“Member tu tangkap cicak je terus yang lain lari, macam tahu-tahu je niat orang tu. Selain lipas, cicak juga haiwan paling ditakuti,” komen seorang wargamaya.

BACA: Sebak, Anak Kecil Lepas Rindu Baring Di Tengah Pusara Ibu & Ayah

Sumber: @thehairi19 via TikTok