Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kereta Dipandu Terbabas Selepas Terkena Serangan Jantung, Pemandu E-hailing Maut

Athirah
Pemandu e-hailing maut
Kredit: Sinar Harian

Kereta Dipandu Terbabas Selepas Terkena Serangan Jantung, Pemandu E-hailing Maut

Seorang pemandu e-hailing dilapor maut selepas dipercayai terkena serangan jantung ketika sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya pada awal pagi Rabu.

Menurut Sinar Harian, kejadian yang berlaku di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Balai Panjang itu menyaksikan kereta mangsa hilang kawalan dan terbabas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, Azmira Othman berusia 49 tahun dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Lorong Pandan menuju ke Malim, kira-kira jam 4.45 pagi.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati Perodua Alza yang dipandu mangsa dipercayai telah hilang kawalan, kemudian terbabas di batu pembahagi jalan.

BACA: Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap Tujuh Warga Filipina Kekal

“Setiba di tempat kejadian mangsa dipercayai terkena serangan jantung sebelum terbabas ke arah batu pembahagi jalan di lorong sebelah kanan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Menurut Sinar Harian, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Budi Seorang Abang, Gigih Naik Motor Hantar Adik Dari Melaka Ke UUM

Sumber: Sinar Harian