Tular di media sosial, perkongsian pengalaman seoarang individu ketika bertemu dengan ‘orang nombor satu negara’ tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menunaikan solat Jumaat di Putrajaya, minggu lalu.
Menerusi luahan Abdul Rahman Mohamed Arif di Facebook, dia yang merupakan seorang pemandu Grab sepenuh masa ‘terkejut’ apabila mendapati insan yang duduk di hadapannya ketika sedang menunggu untuk solat adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ikuti kisah yang berlaku selepas itu sehingga membawa kepada pertemuan antara seorang rakyat dan pemimpin di mana keperibadian Perdana Menteri seperti yang diceritakan Abdul Rahman telah menyentuh hati ramai warganet.
Saya jarang nak posting di Facebook. FB sekadar peneman menunggu penumpang. Saya pemandu Grab sepenuh masa. Ini gambar minggu lepas di Masjid Putra solat Jumaat.

Di dalam masjid saya jarang hirau orang sekeliling. Saya akan duduk dan tunduk sahaja sambil iktikaf. Saya perasan depan saya seorang lelaki berbaju biru datang dan duduk di hadapan saya sebelum solat. Seperti biasa saya nampak oh orang ini maybe penjawat awam. Biasalah putrajaya.
Selepas dia solat sunat semasa beri salam baru saya perasan ini Perdana Menteri Malaysia. Ini jarak terdekat saya dengan PM. Seperti orang biasa. Tiada bodyguard. Dan saya seperti tidak percaya.
Selesai solat Jumaat saya tidak sabar untuk bangun dan memberi penghormatan. Paling kurang bangun senyum dan tegur. Teruja saya. Bukan senang dapat peluang begini. Namun sebaliknya yang berlaku. Dengan selamba PM tegur saya dahulu.
Kata Tan Sri “Tak apa awak tak bangun pun saya tak kisah” saya hanya malu tersengih sambil meletakkan tangan di dada dan sedikit tunduk. Saya kecewa tidak dapat bersalam. Covid memisahkan sentuhan kami.
Tanya Tan Sri lagi. “Awak dari mana?” Saya jawab. ‘‘Saya dari Bandar Tun Razak Tan Sri. Saya pemandu grab sekitar putrajaya dan Kuala Lumpur. Hari ini rezeki saya solat di sini dan berjumpa Tan Sri.”
Dia hanya senyum. “Oh jauh awak solat hari ini. Hari ini rezeki saya jumpa awak juga. Grab ok?” Tanya Tan Sri.
Saya jawab “Ok Tan Sri. Rajin keluar adalah rezeki. Cuma slow sikitlah MCO ni. Biasalah”.
“Ya saya faham. Kita semua perlu sabar sikit lagi. Jaga diri dan keluarga. Nanti kerajaan akan bantu pemandu-pemandu,” kata Tan Sri.
Saya hanya jawab baik Tan Sri. Terima kasih. Dia berlalu pergi. Saya hanya tersenyum. Bangga kerana dapat peluang begini.
Balik rumah saya ceritakan kepada isteri sambil tunjuk gambar ini. Ralatnya saya terlupa untuk bergambar. Lucu boleh lupa peluang begitu.
Saya beritahu isteri yang Tan Sri ada sebut akan bantu pemandu grab. Isteri saya gurau. “Alah abang ni janji org politik jangan percaya” sambil mengusik saya.
Saya kata dalam gurau “kalau orang lain maybe abang tak percaya. Kalau PM ini abang percaya habis” sengih isteri saya.
Setelah beberapa hari isteri saya call. “Abang dah tahu belum? “ tanya dia.
Saya tanya kembali tahu apa. Jawabnya “bantuan pemandu tu betul la hihihi. Abang untung tahu awal. Betullah kata PM tu.”
Saya ketawa kuat. Bangga kerana saya betul. “Betulkan apa abang kata. PM ini lain macam. Dia faham kita sbagai rakyat.” Isteri saya cuma iyakan.
Isteri saya suri rumah sepenuh masa. Saya sahaja bekerja. Selama Tan Sri menjadi PM kami dah merasa banyak jasanya dn tepat waktunya.
Rm1600 bantuan Covid. RM700 Bsh. Rm500 sebulan epf akaun 2, Rm5000 epf akaun 1, Rm300 Bsh Januari, Rm300 23 feb baru2 ini.
Kami belanja sehabis baik sebab kami sedar saya hanya pemandu grab. Di kota raya wang harus betul diuruskan. Semalam melihat Tan Sri cucuk vaksin sbgai orang pertama saya bangga.
Dia beri kita banyak teladan dan berkorban. Pendiam dan selalu fikirkan kita. Saya menulis ini kerana saya mahu kongsikan perasaan saya. Sebagai rakyat biasa saya bangga dengan PM kita ini.
Saya doakan PM kita ini dipermudahkan segala urusannya. Bangga saya sebagai orang Johor.
Sumber: Abdul Rahman Mohamed Arif