Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pemandu maut dua parah
Kredit: Bernama

Pemandu Kereta Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Babit Empat Kenderaan

Azizah Najib

Pemandu Kereta Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Babit Empat Kenderaan

KOTA TINGGI, 18 Okt (Bernama) — Seorang pemandu kereta maut manakala penumpangnya dan seorang penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM56.7 Lebuhraya Senai Desaru, Bandar Penawar, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata kemalangan pada 7.10 malam itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Bezza dipandu lelaki berusia 25 tahun itu dari arah Johor Bahru telah memasuki laluan bertentangan.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan kereta terbabit bertembung dengan sebuah lori seterusnya menyebabkan lori dipandu lelaki berusia 47 tahun hilang kawalan dan terbabas lalu bergesel dengan sebuah kereta Perodua Alza.

BACA: Bot Meletup & Terbakar, Dua Nelayan Cedera Parah

“Kereta Perodua Bezza yang bertembung dengan lori kemudiannya telah berpusing dan berlanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR. Ini menyebabkan pemandunya meninggal dunia di tempat kejadian.

“Penumpang Perodua Bezza dan penunggang motosikal yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini. Manakala pemandu lori dan pemandu Perodua Alza pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemalangan berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: 3,847 Kanak-Kanak Dilapor Hilang Dari 2020 Hingga September Lepas

BACA: Pelajar Sekolah Maut Dihempap Tembok Runtuh

Sumber: Bernama