Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pemandu Lori Simen Maut Rempuh Tembok Pagar Rumah

Hannah
lori simen rempuh pagar rumah
Sumber: BERNAMA

Pemandu Lori Simen Maut Rempuh Tembok Pagar Rumah

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) — Seorang pemandu lori maut akibat tersepit apabila lori simen dipandunya terbalik selepas merempuh tembok pagar sebuah rumah di Jalan Batai Barat, Bukit Damansara di sini, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas Rosdi Yussof berkata mangsa berusia 67 tahun dikenali sebagai Samsul Ispur dari Rawang, Selangor itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dikeluarkan oleh anggota bomba dengan bantuan polis, petugas Kementerian Kesihatan dan kren daripada pihak pengurusan lori tersebut.

“Panggilan kecemasan diterima pada 3.25 petang dan sebuah jentera dengan enam anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

BACA: Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Di Rumah Pengasuh

BACA: Rangka Bayi Dijumpai Bawah Papan Lantai Rumah, Disyaki Dah Meninggal Lebih 100 Tahun

BACA: Apa Sebenarnya Yang Berlaku di UK Sekarang?

Sumber: BERNAMA