Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pembantu Rumah Asing Di Hong Kong Terima Kenaikan Gaji Minimum 2.2 Peratus

Hannah
gaji pembantu rumah hong kong
Gambar: AI/ImageFX

Pembantu Rumah Asing Di Hong Kong Terima Kenaikan Gaji Minimum 2.2 Peratus

Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong pada Isnin mengumumkan kadar gaji minimum yang dibenarkan (MAW) bagi pembantu rumah asing akan dinaikkan sebanyak 2.2 peratus kepada HK$5,100 (sekitar RM2,763.10) sebulan.

Dalam kenyataan rasmi, kerajaan SAR memaklumkan kenaikan itu bersamaan tambahan HK$110 daripada kadar semasa iaitu HK$4,990.

Difahamkan, kadar baharu ini akan berkuat kuasa bagi semua kontrak pembantu rumah asing yang ditandatangani mulai 30 September.

Bagaimanapun, elaun makanan sebanyak HK$1,236 (sekitar RM669.65) sebulan, bagi mereka yang tidak menerima makan percuma daripada majikan, dikekalkan tanpa sebarang perubahan.

“Kerajaan secara berkala menilai kadar MAW bagi memastikan ia selaras dengan keadaan ekonomi serta pasaran buruh Hong Kong,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan SAR menjelaskan, semakan menyeluruh dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk prestasi ekonomi keseluruhan Hong Kong dan keadaan pasaran buruh sepanjang tahun lalu.

Semakan itu turut menilai unjuran ekonomi jangka pendek, keperluan asas hidup pembantu rumah asing, serta pandangan pelbagai pihak berkepentingan.

Tambah kenyataan itu lagi, kontrak yang ditandatangani pada atau sebelum tarikh ditetapkan dengan kadar lama HK$4,990 masih akan diproses oleh Jabatan Imigresen. Namun, syaratnya ialah permohonan berkenaan perlu sampai ke jabatan tersebut pada atau sebelum 27 Oktober ini.

BACA: Penyelamat Indonesia Giat Kesan 38 Pelajar Dikhuatiri Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan

BACA: Gurun Paling Kering Di Dunia Kini Sedang Mekar

BACA: YouTube Bayar Lebih RM92 Juta Kepada Trump

Sumber: China Daily