Seorang lelaki di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Masjid Tinggi ditemui mati tergantung di dalam sebuah bengkel motosikal, semalam.
Isteri kepada mangsa yang berusia 60 tahun itu telah menemuinya dalam keadaan tergantung di dalam bengkel selepas dia dilaporkan tidak pulang ke rumah.
Menurut Kosmo, mangsa bercadang untuk menjual bengkelnya itu pada minggu ini kepada seorang pembeli dan meminta masa untuk mengemas barang-barang yang terdapat di dalam bengkel tersebut.
“Kedai motosikal yang diusahakan mangsa tidak beroperasi sejak tiga bulan lalu dan dia dikatakan bercadang untuk menjual kedainya pada harga RM10,000,” memetik laporan kosmo.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.