Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemilik Hotel Dipelawa Bantu Kerajaan Sediakan Pusat Kuarantin

Pemilik-pemilik hotel diseru agar dapat bekerjasama dengan kerajaan dalam menyediakan pusat kuarantin bagi pesakit-pesakit jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak hotel boleh hubungi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sekiranya berminat untuk terlibat sama.

“Saya harap ramai pihak hotel yang tampil untuk membantu kerana kerajaan sendiri telah mengumumkan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk semua hotel di Malaysia.

“Saya berharap pihak hotel boleh bekerjasama bantu kerajaan dalam soal pusat kuarantin dengan menghubungi NADMA atau Kementerian Pelancongan,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.

Sumber: RTM